Judul : Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan
link : Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan
Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan
Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap beliau selepas ini.
Memetik laporan mStar online, Nur Sajat dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakan pelbagai pihak terutama di media sosial yang jelas ingin menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.
“Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.
“Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan ‘relief’ sewajarnya di bawah undang-undang,” katanya menerusi kenyataan yang di akaun Instagram dan Facebook beliau.
Amaran keras Nur Sajat dipercayai ekoran pelbagai kecaman dan fitnah terhadap beliau sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, beliau dikritik dan dikecam netizen berhubung gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.
“Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan… rahsia siapa pasangan kita… so kena tutup mukanya… supaya menjadi teka teki… selamat berbuka,” demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan terdapat juga emoji sekuntum bunga.
Bagaimanapun, Nur Sajat tampil membuat pengakuan bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya.
The post Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqEbfw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan
Anda sekarang membaca artikel Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/berang-difitnah-nur-sajat-mahu-ambil.html
0 Response to "Berang Difitnah, Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan"
Catat Ulasan