Judul : Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas
link : Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas
Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas
KUCHING: Ada berita gembira bagi 2.7 juta penduduk Sarawak.
Perkhidmatan internet yang bagai siput akan menjadi sejarah di negeri ini tidak lama lagi.
Tindakan untuk menyediakan perkhidmatan internet yang pantas sedang giat diusahakan.
Ketua Menteri bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semalam berkata, kini kajian mengenal pasti lokasi menara tambahan telah selesai.
Kerajaan Negeri, katanya bakal mengenal pasti syarikat utama bagi membina menara berkenaan.
“Lokasi bagi menara telah dikenal pasti dan apabila kontraktor sudah dikenal pasti, tindakan membina menara akan bermula,” ujar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Dua bulan lalu, Ketua Menteri mengumumkan akan menambah jumlah menara kepada 5,000 buah daripada 1,200 sekarang.
Kepantasan internet di negeri ini katanya, tujuh kali lebih perlahan daripada di Korea Selatan.
Kepantasan purata di Sarawak kini ialah empat megabit (Mbps) per isi rumah berbanding 29 bagi Korea Selatan.
Usaha menyediakan perkhidmatan internet yang pantas selari dengan dasar ekonomi digital kerajaan negeri.
Kini penduduk di luar bandar terutamanya sering mengeluh kerana menghadapi masalah perkhidmatan internet yang lambat. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjq5Ru
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas
Anda sekarang membaca artikel Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/berita-baik-untuk-penduduk-sarawak-tak.html
0 Response to "Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas"
Catat Ulasan