Judul : BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL
link : BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL
BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL
Kuala Lumpur memang hebat. Sejak Nasir Jani menghasilkan filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ) pada 1986 – ia menjadi filem masterpiece mengenai impian anak muda bergelar seniman di kotaraya.
KSJ diterbitkan Zarul Al-Bakri menerusi ZSA Holdings Sdn. Bhd. Filem ini direlis pada 22 Februari 1986. Kastingnya Hebat kerana dibintangi empat wajah top era itu; M. Nasir, Khatijah Ibrahim, Pyanhabib dan dR Sam Rasputin.
KSJ dengan hero M. Nasir (juga penulis skrip) sebagai Bujang – mengungkap wajah misterius kehidupan jalanan Kuala Lumpur. Suasana kaki lima sebagai pentas anak muda memulakan langkah bergelar seniman.
Setahun selepas KSJ ditayangkan, Pasar Seni (CM) KL dibuka. Asalnya bangunan ini hanya Pasar Besar Jalan Kasturi; yang ikan dan ayam dijual bersebelahan dengan daging babi.
CM mencetuskan fenomena. Puluhan artis jalanan muncul dan mencuba nasib di situ. Kopratasa, Loloq, S. Amin Shahab, U-Wei Saari, Nasir Jani, Art Fadzil, Adi Jaggat, Syed Amran, To’ki, Saari Amri, Rusdan Blooshed dan Adindo Amiro ada sejarah berkelana di CM. Malah, penyanyi Shima punya latar kehidupan awal di situ.
Mereka berjaya dan mencipta nama besar dalam industri muzik.
Namun legenda yang tidak dilupakan ialah Selamat Asrin Subon.
Lahir pada 1968 di Kampung Layang-layang Segamat, Johor. Pada usia 19 tahun, Selamat menaiki keretapi ke KL. Pada 1987, busking masih dianggap jenayah mengemis. Namun, Selamat bersama puluhan penyanyi jalanan tetap mencuba nasib mencari rezeki di CM.
Kalau dihalau, mereka akan menyanyi di depan Bus Stand Klang atau ke restoran makanan laut sebelah pawagam Rex di Jalan Petaling.
Selamat dilahirkan dengan autism. Tetapi minatnya pada muzik amat luar biasa. Dia menyanyi dan menyanyi dengan lagu ciptaan sendiri. Iramanya aneh dan liriknya superb ambigous.
Lagu Cinta Ikan Keli cukup membayangkan – bahawa dia bukan artis biasa. Sesuai dengan realiti dirinya anak autism.
Menjelang raya, teman-teman lama merindukan Selamat. Sejak mencecah usia 50 tahun, dia bukan lagi pemastautin tetap KL. Era busking dengan lagu-lagu anehnya sudah berakhir. Dia lebih kerap menghilang ke sana-sini.
Selamat dianggap legend. Ketika era seniman busking masih boleh dikira dengan jari, Selamat dianggap antara ikon CM. Dia akan menyanyi di pedestrian CM penuh semangat. Pagi atau tengahari, malah petang sampai malam, suaranya akan kedengaran.
Sekitar 1987 hingga 2005, Selamat menampung hidup dengan hasil basking. Pada waktu itu, wang seposen dan dua posen masih dianggap rezeki besar ehsan orang budiman.
Waktu itu busking masih dianggap mengemis. Tidak semua orang menerima hakikat busking satu kerjaya seni di jalanan.
Tidak semua penyanyi mampu mencapai status artis rakaman atau bintang ipopular hingga mampu mengadakan konsert berbayar di ruang tertutup. Hard Rock Cafe dan pedestrian CM bagai langit dengan bumi.
Kini 30 tahun sudah berlalu, Selamat bukan lagi wajah prominan CM. Dia berulang-alik antara KL ke JB atau Ipoh. Mengikut langkah kaki sesuai dengan dirinya anak yatim. Tetapi di KL dia banyak kenalan. Orang sehebat M. Nasir dan Ziana Zain, malah Ella pasti akan meraikan Selamat kalau bertemu.
Ketika kawan-kawan lama mencari Selamat Asrin, dia menghilang entah ke mana. Selalunya dia beraya di KL. Mengenakan baju Melayu dan sampin serta lengkap bersongkok. Dia sentiasa excited berhari raya. Walaupun siang hari minum kopi di warung dan malamnya terpaksa tidur di kaki lima Bukit Bintang.
Selamat Hari Raya Bro Selamat. Mohon ampun maaf. Kalau datang jangan lupa hello gua. Engkau big brother; legasi orang berani walaupun dilahirkan autism dan membesar yatim piatu.
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgfEtm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL
Anda sekarang membaca artikel BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/bff-selamat-asrin-legasi-busker-kl.html
0 Response to "BFF Selamat Asrin: Legasi Busker KL"
Catat Ulasan