Loading...

Bicskei risau serangan tumpul

Loading...
Bicskei risau serangan tumpul - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bicskei risau serangan tumpul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bicskei risau serangan tumpul
link : Bicskei risau serangan tumpul

Baca juga


Bicskei risau serangan tumpul



ARKIB : 29/07/2005

Oleh AMRAN MULUP
 KELANA JAYA - Ketumpulan jentera serangan terus menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun apabila tewas 0-1 kepada Telekom pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, kelmarin.

Ini adalah kekalahan kedua skuad bimbingan jurulatih dari Hungary, Bertalan Bicskei yang menyaksikan jentera serangan kurang bermaya apabila berdepan di kubu pertahanan lawan.

Aksi menarik sekadar dipaparkan pada babak pertama tetapi babak kedua yang menyaksikan gandingan Haris Safuan, Khairul Zal Azmi dan Zairo Anuar langsung tidak mampu memasuki kotak penalti lawan apa lagi untuk melihat percubaan menarik ke gawang lawan.

Bicskei mengakui jentera serangan masih belum menemui sentuhan jaringan gol tetapi beliau yakin akan dapat gandingan sebenar sewaktu lawatan ke Poland, awal bulan depan.

``Saya tidak nafikan jentera serangan pada babak pertama tampak bertenaga tetapi tidak semasa babak kedua.

``Saya masih mencari gandingan yang mantap dan lawatan ke Poland barulah saya akan dapat mencari pemain yang sesuai untuk mengemudi jentera serangan,'' ujarnya sejurus tamat perlawanan.

Selain kekalahan tipis 0-1 kepada Telekom, skuad Biskei turut tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur manakala bertemu MK Land terikat dengan keputusan 1-1.

Sabtu ini, skuad bawah 23 tahun itu akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang naib juara Liga Perdana musim ini, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Bicskei berkata, beliau begitu yakin akan dapat mewujudkan gandingan serangan paling mantap apabila skuad seramai 22 pemain akan berlepas ke Poland pada 1 Ogos ini.

Ujarnya, selain menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Manila November ini, skuad bimbingannya akan mengharungi empat perlawanan persahabatan sewaktu di Poland nanti.

Jelasnya, pemain yang tidak mengikuti latihan ke Poland tetap akan terus disimpan bagi menjalani latihan rapi ke Sukan SEA sekembalinya dari latihan di Eropah nanti.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rY2rcB
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Bicskei risau serangan tumpul

Sekianlah artikel Bicskei risau serangan tumpul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bicskei risau serangan tumpul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/bicskei-risau-serangan-tumpul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bicskei risau serangan tumpul"

Catat Ulasan

Loading...