Loading...

Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan

Loading...
Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan
link : Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan

Baca juga


Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan


KLUANG: Polis tengah hari tadi menahan dua lelaki yang menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam.

Dua lelaki berkenaan ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, jam 1.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata penahanan mereka bagi membantu siasatan berkenaan kes provokasi termasuk menghalau beberapa anggota parti politik pembangkang yang sedang mengedarkan sumbangan kurma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Bandar Kluang, di sini, petang semalam.

"Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.

"Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video tindakan provokasi berkenaan viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai tindakan yang perlu dikecam.

"Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik," kata Khairy menerusi Twitter rasminya, @Khairykj, pagi ini.

Dalam insiden berkenaan, enam lelaki dikatakan membuat provokasi termasuk menghalau beberapa anggota pembangkang yang sedang mengedarkan kurma kepada orang ramai.

Polis mula mengesan suspek selepas mangsa membuat laporan polis jam 10 malam tadi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta yang sama kerana ugutan jenayah. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZ9dfz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan

Sekianlah artikel Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/buat-kecoh-di-bazar-ramadan-dua-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Buat Kecoh Di Bazar Ramadan, Dua Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...