Judul : Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar
link : Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar
Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar
Buku berjudul 'Towns of Malaya' (Bandar-bandar di Malaya) yang dikarang Dr Neil Khor Jin Keong, Mariana Isa dan Maganjeet Kaur, menggambarkan mengenai sejarah bandar di Semenanjung Tanah Melayu sehingga 1957 dan memberi tumpuan terutamanya pada abad ke-19 dan ke-20.
Khor berkata buku setebal 172 muka surat itu dibahagikan kepada empat bab utama merangkumi bandar diraja, bandar pelabuhan, bandar perlombongan serta bandar-bandar lain dengan memberi pandangan terhadap kira-kira 35 pusat bandar di Semenanjung dan pembangunan kawasan itu.
"Tujuan buku ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai bagaimana bandar-bandar kita berkembang dan ia signifikan bersempena Hari Kemerdekaan ke-60 negara kita."Kami berharap buku ini dapat memberikan pembaca rasa nostalgia dan banyak detik-detik menarik mengenai tempat asal usul mereka," katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran buku berkenaan di sini pada Sabtu.
Beliau juga berharap buku 'Towns of Malaya' itu boleh menjadi bahan rujukan dan inspirasi dalam membuat perancangan bandar yang lebih baik berdasarkan sejarah awal seni bina di negara ini.
"Ia sangat penting untuk menghargai dan menyedari bahawa terdapat perancangan bandar sebegitu rupa sebelum zaman penjajahan, warisan Asia Tenggara ini sudah ada sebelum infrastruktur moden disediakan.
"Walaupun banyak dipengaruhi corak pentadbiran penjajah pada masa itu, kita perlu ingat bahawa penduduk tempatan adalah mereka yang membina dan mewujudkan bandar-bandar ini," katanya.
Buku 'coffee-table' yang diterbitkan Think City and Editions Didier Millet itu berharga RM99 dan boleh didapati di semua kedai buku utama di seluruh negara.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdMUo0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar
Anda sekarang membaca artikel Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/buku-sejarah-bandar-di-malaysia-dilancar.html
0 Response to "Buku sejarah bandar di Malaysia dilancar"
Catat Ulasan