Judul : Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi
link : Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi
Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi
MERASAKAN laluan untuk berada dalam industri seni agak mudah kerana mempunyai hubungan yang baik bersama pihak media sebelum ini, namun bagi pendatang baharu Salimey, dia tidak seharusnya terus berasa selesa dengan perkara itu.
Salimey, 40, yang kini hadir dengan single Pertama Kali, berkata, atas rasa itu dia harus memikirkan bagaimana untuk mengatur strategi agar kehadirannya tidak dikatakan sekadar melepaskan batuk di tangga.
“Benar, saya ada ramai sahabat yang terdiri daripada rakan media memandangkan sebelum ini saya merupakan seorang jurugambar yang banyak terlibat dengan industri hiburan.
“Pun begitu saya tak rasa ia satu laluan mudah kerana tanpa karya menarik, rakan-rakan media saya pun tak boleh nak tolong.
“Justeru, nak tak nak saya kena belajar melobi diri untuk publisiti kerana saya tahu Pertama Kali sebuah karya yang bagus,” katanya.
Dalam pada itu kata Salimey atau Salimey Abu Bakar, 15 tahun lalu dia pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) di syarikat rakaman Zanzibar Records dan mengakui pengalaman sebagai PRO banyak mendedahkan dirinya dalam lapangan nyanyian.
“Sebagai PRO, tugas saya harus mempromosikan artis bawah label saya dan pada ketika itu salah seorang artis yang saya jaga ialah Fauzi Aisunam.
“Justeru, setiap kali bawa dia ke latihan menyanyi, saya tumpang sekaki sekadar suka-suka dan tak sangka ramai yang maklumkan saya ada bakat menyanyi,” katanya yang berasal dari Selama, Perak.
Sementara itu, ujar bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia tidak gentar dengan persaingan yang harus dihadapi biarpun perjalanan kerjaya nyanyiannya baru bermula pada usia 40-an.
“Terlambat? Saya tak patut jadikan itu sebagai alasan kerana ia terpulang bagaimana cara saya mencorak perjalanan kerjaya seni selepas ini. Sekarang apapun halnya, saya harus positif kerana karya saya bukanlah teruk sangat.
“Buktinya, Pertama Kali dipilih menjadi lagu runut bunyi untuk empat buah drama dan jelas lagu tersebut pasti ada kekuatannya sendiri,” katanya sambil memaklumkan sebuah daripada drama tersebut berjudul Seharum Mawar kini sedang bersiaran sepanjang bulan Ramadan di saluran RTM sebanyak 30 episod.
Selain Seharum Mawar, tiga lagi drama lain iaitu Airmata Di Bumi Matador (RTM-26 episod), Hola Hermosa (RTM-26 episod) dan Pengemis Itu Saudaraku akan bersiaran Julai depan.
The post Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s78CIS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi
Anda sekarang membaca artikel Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/cecah-umur-40-tahun-baru-nak-jadi-artis.html
0 Response to "Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi"
Catat Ulasan