Loading...

Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah

Loading...
Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah
link : Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah

Baca juga


Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah

SEMALAM, sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan isyarat lucah gara-gara berebut tempat parkir kereta menjadi tular di laman sosial.

BACA: Video: ‘Salam Jari Tengah’, Wanita Amuk Rebut Parkir

Rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan tidak sopan wanita itu tanpa mengetahui insiden sebenar, memandangkan ianya hanya dirakam sebelah pihak.

Berikutan itu, suami kepada wanita berkenaan tampil bersuara menceritakan hal sebenar insiden perebutan tempat parkir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah, Langkawi.

Menurut Muhammad Jefry Sudin, 33, kereta berkenaan sudah terlajak ke hadapan namun, wanita yang berkenaan mendakwa itu adalah miliknya.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambahnya, pemandu kereta berkenaan kemudian mendakwa ruangan kosong itu adalah miliknya selain melemparkan kata-kata kesat. Hal itu sekaligus membuatkan isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, marah dan mengamuk.

Bagaimanapun, Jefry akui , dia memohon maaf bagi pihak isterinya atas perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut itu.

“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.

“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,” jelasnya.

Terdahulu, seorang wanita yang memuat naik video tersebut, Ann Lim, mendakwa dia yang pertama tiba di pakir tersebut dan juga telah memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.

Video berdurasi 42 saat itu lantas menjadi tular hingga hangat diperkatakan rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqHmok

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah

Sekianlah artikel Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/cerita-sebenar-wanita-tunjuk-jari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, #PatutlaMarah"

Catat Ulasan

Loading...