Judul : Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA
link : Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA
Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulfikri Osman berkata menerusi program itu, pemohon boleh memperoleh bantuan maksimum RM50,000.
Beliau berkata RM5 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut digunakan bagi melaksanakan kursus dan latihan untuk pemohon sebelum mereka layak membuat permohonan.
"Program Dana Nita ini dilancarkan hasil desakan Pergerakan Wanita Umno pada perhimpunan agung parti itu tahun lepas," kata Zulfikri kepada Bernama di sini.Mengenai Perlis, beliau berkata Mara menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membantu usahawan Perlis menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan tahun ini.
Peruntukan itu termasuk pembiayaan, latihan dan menjalankan aktiviti lain berkaitan keusahawanan, katanya.
"Perlis sinonim dengan perniagaan pakaian dan makanan. Perlis juga berada dalam kedudukan strategik kerana berada di sempadan antarabangsa.
Dalam hubungan ini, Mara yakin bidang keusahawanan teknologi berpotensi maju di Perlis berdasarkan banyak institusi latihan dan pendidikan selain agensi lain yang membolehkan usahawanan mendapat latihan formal," kata Zulfikri.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0kAmP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA
Anda sekarang membaca artikel Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/dana-nita-rm50-juta-untuk-bantu-wanita.html
0 Response to "Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA"
Catat Ulasan