Loading...

DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI

Loading...
DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI
link : DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI

Baca juga


DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI

SHAH ALAM – Kerajaan perlu bertindak dengan menyangkal semua dakwaan berhubung saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) secara terbuka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berikutan pelbagai kenyataan DoJ untuk merampas aset yang berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan perlu bertindak.

“Walauapapun, jika ada sesiapa yang merasakan mereka tidak sepatutnya didakwa di dalam dokumen DoJ, mereka sepatutnya boleh sahaja campur tangan di dalam proses mahkamah untuk memadamkan nama mereka daripada dokumen mahkamah tersebut.

“DoJ telah mengendalikan kes ini mengikut proses yang ditetapkan, dan telah melakukannya secara konsisten terhadap pesalahlaku 1MDB walaupun telah berlaku pelbagai perubahan pentadbiran dengan Presiden AS yang baharu iaitu daripada Barack Obama kepada Donald Trump, dengan parti politik baru yang menguasai pentadbiran serta peguam negara yang baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan DoJ, menurut mereka sendiri, adalah untuk “melindungi keselamatan dan integriti sistem kewangan AS daripada segala penyalahgunaan, termasuklah oleh kleptokrat yang hendak menyimpan kekayaan yang diperoleh secara haram atau pencurian”.

“Jelas daripada kenyataan ini, tindakan itu untuk melindungi kepentingan AS dan bukan untuk mencampur tangan di dalam perihal negara kita, oleh itu kerajaan perlu buktikan sebaliknya.

“Kita sudah lihat beberapa selebriti terkemuka dunia seperti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr memulangkan ‘hadiah’ yang diberikan Low Taek Jho, yang ada disebut namanya di dalam saman DoJ, Riza Aziz,” katanya.

Nik Nazmi berkata, jika selebriti ini telah lakukan apa yang patut untuk membersihkan nama daripada skandal 1MDB, mungkin juga wajar untuk pihak berkuasa Malaysia menuruti langkah ini dan bekerjasama dengan pihak AS tanpa menetapkan syarat.

“Tetapi pihak berkuasa Malaysia juga harus ingat bukan AS sahaja yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas kes 1MDB ini.

“Negara lain seperti Singapura, Luxembourg, Switzerland, Hong Kong dan Australia juga ada mengambil tindakan tegas,” katanya.

Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak menyaman Wall Street Journal tentang isu 1MDB sehingga ke hari ini

“Rakyat mahukan jawapan dan kebenaran, pada masa ini kami langsung tidak dapat apa-apa daripada pihak kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan tindakan saman sivil terbaharu dikemukakan DoJ bertujuan merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa dana seleweng dari dana 1MDB sebagai mainan politik.

Beliau berkata, sehingga kini DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan apa-apa maklumat lanjut berhubung tuntutan yang dikemukakan.

Dalam pada itu, pakatan pembangkang menyangkal kenyataan Mohamed Apandi dengan mengatakan peguam negara dilihat sengaja mempolitikkan isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Mohamed Apandi sebenarnya tahu isu ini, tetapi kenyataannya lebih berbaur politik.

“Kenyataan Mohamed Apandi mengatakan DoJ tidak pernah meminta maklumat 1MDB daripada pihaknya itulah politik. Ini kerana penghakiman dalam rem (judgement in rem) merujuk kepada wang negara yang disonglap dan dibelanjakan di luar negara iaitu Amerika Syarikat.

“Jadi DoJ berhak untuk menyiasat tanpa meminta apa-apa daripada Peguam Negara kerana ia berlaku bukan di Malaysia sebaliknya luar negara,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tq4arA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI

Sekianlah artikel DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/doj-kerajaan-perlu-sangkal-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DOJ: KERAJAAN PERLU SANGKAL SECARA TERBUKA – NIK NAZMI"

Catat Ulasan

Loading...