Loading...

DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Loading...
DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR
link : DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Baca juga


DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Imej Bleacher Report
Pengajaran buat sekalian peminat Liverpool. Sehingga saat ini jangan percaya sebarang khabar angin sehingga kelab sendiri sahkan. Beria-ia macam betul Virgil Van Dijk nak ke Anfield dan takkan peduli tentang gaji, bonus dan bla bla bala. Tapi semuanya tak jadi kenyataan bila kelab tak mahu nak teruskan sebab tak mampu nak lawan Man City. Sejak awal lagi dok nampak dah jika City atau Chelsea masuk jarum, Liverpool kena kona cari pemain lain dah. Jangan cakap pasal pemain bangga nak sarung jersi Liverpool. Tetapi kena ingat, zaman sekarang zaman semuanya pasal duit, tak perlu nak nostalgia Liverpool lebih diminati pemain hebat tanpa pakej gaji yang melampau.

Nak kata kesal tak dapat Van Dijk tak juga. Tapi kesal sebab masa dekat Celtic dulu, kelab besar tak pandang pun mamat rambut meggi ni. Padahal Celtic adalah pembekal pemain berpotensi ke Liga Perdana Inggeris. Fraser Foster , Wanyama, adalah contoh terkini selain Van Dijk tetapi semua Soton borong dahulu. Patutnya kita sailang Soton yang jadi orang tengah dan terus kepada pemain dari pembekal. Boleh dapat peamin dengan harga lebih murah sebab tak pakai orang tengah. Macam kes sekarang, jika bahagian pemantau Soton sedang cari sasaran, kita cuba potong mereka kat kona. Soton mungkin duit berkepuk tetapi mereka tak berani bagi gaji tinggi.

Falsafah Klopp juga main peranan sebab tak beli Van Djk kot. Dia tak sanggup nak bedal pemain yang diluar kemampuan dan juga perancangan kewangan kelab. Masuk akal juga sebab 60 juta Pound untuk pertahanan yang belum terbukti di persada Eropah, cuma semusim di Liga Perdana Inggeris amat bahaya kat kita. Dengan harga tu boleh dapat 2 pemain bek yang bagus jika pandai cari. Siapa, dimana dan berapa harga itu biarlah Komiti Perpindahan yang buat kerja. Klopp dah punya peel cari pemain yang tersorok dari pandangan kelab duit banyak. Macam kes Hummels kat Bayern dulu. Klopp naikkan kemahiran pemain sehingga menjadi pemain bintang.

Jadi sekarang, kita dah boleh abaikan cerita Van Dijk dah. Dia berjaya atau melingkup kat City jangan dok ambil kesah. Yang penting Klopp perlu cari sasaran yang setanding Van Dijk dan kalau boleh lebih hebat untuk perbaiki kelemahan pertahanan kita. kalau susah-susah sangat jangan jual Mamadao Sakho, dan bagi beliau pengampunan terakhir. Kita tengok mamat tu kat Crystal Palace kemain meletop, padahal baru main dalam taks ampai 10 perlawanan gitu. Kalau ikut harga nak jual 30juta, takda kelab luar nak berani lebur duit. Bagi pinjam keluar buang masa. Tambahan pula jika Liverpool layak dalam kumpulan Liga Juara-Juara, pengalaman Sakho boleh digunakan. 


Demikianlah Artikel DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Sekianlah artikel DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/drama-virgil-van-dijk-dah-berakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR"

Catat Ulasan

Loading...