Loading...

FAM usaha kekalkan pemain

Loading...
FAM usaha kekalkan pemain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAM usaha kekalkan pemain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM usaha kekalkan pemain
link : FAM usaha kekalkan pemain

Baca juga


FAM usaha kekalkan pemain



ARKIB : 12/12/2005

Oleh A. Jailani Abdullah
 PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berusaha agar pemain dalam skuad kebangsaan di semua peringkat umur tidak dipecahkan dan kesemua skuad akan mendapat lebih banyak perlawanan bertaraf antarabangsa untuk meraih pengalaman.

Keputusan itu diambil di sebalik sumber kewangan FAM yang semakin mengecil sehingga terpaksa memotong subsidi kepada pasukan-pasukan negeri dan kelab.

``Kami akan cuba mengekalkan tunjang pasukan dan juga jurulatih. FAM juga memutuskan bahawa latihan pusat akan diadakan lebih kerap dan skuad ini akan mendapat lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa.

``Kita perlu menghasilkan pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman, serasi dan bersedia menjelang sesuatu kejohanan.

``Kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai pemain-pemain terbaik untuk mewakili negara,'' kata naib Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad selepas mesyuarat Majlis FAM di Kelana Jaya dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, pasukan negeri dan kelab diminta berkorban melepaskan pemain-pemain mereka yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat dan menyarung jersi kebangsaan.

``Bukan hanya FAM yang perlu berkorban tetapi juga negeri dan kelab. Jika mereka enggan melepaskan pemain, maka kita akan menghasilkan pemain-pemain yang hanya berkualiti di peringkat tempatan,'' kata Redzuan.

Minggu lepas, ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-23 di Filipina, Low Beng Choo menggesa FAM agar tidak menukar pemain terlalu kerap.

``FAM perlu membuat pendirian yang tetap tentang persediaan skuad kebangsaan. Jangan tukar terlalu banyak pemain. Berikan peluang kepada pasukan sekarang dan sediakan mereka ke peringkat yang lebih tinggi,'' kata Beng Choo, yang juga naib presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Skuad bawah 23 negara ke Sukan SEA, yang diletakkan di bawah kategori B kalah kepada Vietnam 1-2 pada separuh akhir dan kemudian mengalahkan Indonesia 1-0 untuk meraih pingat gangsa buat kali kedua berturut-turut.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2sZqjZW
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel FAM usaha kekalkan pemain

Sekianlah artikel FAM usaha kekalkan pemain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAM usaha kekalkan pemain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/fam-usaha-kekalkan-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FAM usaha kekalkan pemain"

Catat Ulasan

Loading...