Judul : Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga
link : Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga
Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga
Komitmen kerja membuatkan Fattah rindu untuk bersama keluarga. (Gambar: Instagram @fattahaminz)
Kasihan pada Bintang Paling Popular, Fattah Amin yang belum berpeluang bercuti disebabkan terikat dengan komitmen tugasan.
Tidak hairan apabila pelakon kesayangan ramai itu berharap pengarah Hero Seorang Cinderella, Michael Ang memberikannya pelepasan untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Sweet sangat! Rupa-rupanya, Fattah sejak awal tahun lalu memaklumkan kurang membahagikan masa dengan ibu bapanya sekali gus mengimpikan berpeluang bersahur dan berbuka di rumah.
“Kalau ikutkan penggambaran Hero Seorang Cinderella hanya berakhir lima hari sebelum menjelang 1 Syawal.
“Memandangkan terikat dengan komitmen termasuk undangan buka puasa dan promosi jenama pakaian raya saya sendiri, kebanyakkan masa saya berbuka di luar.
“Saya harap dapat bercuti sehari untuk menikmati masa berkualiti dengan keluarga tercinta selain menolong adik beradik saya di restoran,” katanya.
Ditemui ketika pelancaran Raya Bergaya di Prima Valet, Bangi, iaitu sehari selepas kepulangan dari Amsterdam, walau masih bersisa lelah Fattah tetap teruja berkongsi cerita.
Nyata jalinan kerjasama dengan Elrah Exclusive bagi persalinan untuk Syawal daripada jenama Fattah sendiri iaitu baju Melayu, kurta dan sweatpants membuatkannya cukup bersemangat.
Sementara itu, Fattah meluahkan rasa terharu apabila drama bersiri sebanyak 24 episod yang menggandingkannya dengan Fazura menerima maklum balas positif.
Menemui penonton bermula sejak 22 Mei lalu di saluran Astro Ria & Astro Ria HD, kisah adaptasi novel karya Anjell dan terbitan Cube Film Sdn Bhd itu nyata memancing perhatian.
Ia menjurus kepada kehidupan Nura Medina yang tidak ubah seperti cerita dongeng Cinderella apabila sentiasa berdepan dugaan tinggal sebumbung dengan ibu tiri dan kakak tiri.
Namun, kepulangan kehadiran seorang lelaki bernama Tengku Ian yang menjadi heronya mengubah takdir gadis berkenaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqHQdA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga
Anda sekarang membaca artikel Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/fattah-amin-rindu-bersahur-dan-berbuka.html
0 Response to "Fattah Amin Rindu Bersahur Dan Berbuka Dengan Keluarga"
Catat Ulasan