Loading...

Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar

Loading...
Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar
link : Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar

Baca juga


Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar

KUALA LUMPUR: Pakar industri perbankan, Brett King, meramalkan syarikat-syarikat teknologi akan mengatasi bank tradisional untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia menjelang 2025.

"Menjelang 2025, bank terbesar di dunia bukanlah mana-mana bank hari ini, tetapi syarikat-syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang bersepadu dalam kehidupan rakyat," kata King, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Moven, perkhidmatan perbankan mudah alih berpangkalan di New York.

Beliau berkata pada tahun lepas, gerbang pembayaran elektronik China - Alipay - telah memproses pembayaran sebanyak US$17 bilion (US$1 = RM4.28) melalui telefon bimbit dalam sehari semasa "Singles' Day' pada 11 Nov yang diadakan setiap tahun.

"Kira-kira 96,000 urus niaga dikendalikan sesaat pada hari itu, lebih daripada dua kali ganda gabungan urus niaga yang dibuat oleh MasterCard dan UnionPay," katanya.

"Apa yang menarik ialah, Alipay merupakan platform pembayaran dalam talian dan bukan bank tradisional," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

King berkata ramai menjangka jumlah dagangan urus niaga mudah alih China akan mencecah kira-kira US$3.5 trilion pada 2017, daripada US$2.9 trilion yang dicatatkan pada 2016, berikutan peningkatan pengguna telefon bimbit.

Oleh itu, syarikat teknologi akan menjadi pesaing masa depan bagi bank tradisional kerana perubahan pesat tingkah laku pelanggan, katanya.

Mengenai tips bagi kelangsungan daya tahan bank-bank fizikal pada masa akan datang, King berkata bank-bank boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi untuk memanfaatkan teknologi kewangan terkini syarikat tersebut.

"Tidak perlu membina teknologi mereka sendiri tetapi menjalin pakatan dengan mereka dan melabur dalam teknologi kewangan merupakan pendekatan lebih murah. Langkah memperoleh mereka akan lebih mahal," katanya.

Institusi kewangan, kata King, harus dapat melaksanakan pengalaman perbankan masa sebenar di masa hadapan kerana orang ramai akan mengharapkan perkhidmatan segera.

Semasa ditanya sama ada bank-bank tradisional akan hilang secara beransur-ansur pada masa akan datang, King menolak pendapat itu tersebut tetapi menjangka jumlah cawangan akan berkurangan menjelang akhir dekad akan datang.

"Kita tidak hanya melihat cawangan dikurangkan, tetapi saiznya (kaki persegi) juga merosot," katanya.

Sebagai contoh, ruang bank di Amerika Syarikat telah menyusut sebanyak 15 hingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, katanya.

Sementara itu, di Malaysia pula, beliau menjangkakan saiz setiap cawangan berkurangan sebanyak tiga hingga lima peratus setiap tahun pada akan datang.

"Ini tidak bermakna bank-bank akan menutup perniagaan mereka, kita hanya tidak memerlukan lagi cawangan untuk perkhidmatan perbankan," katanya.

Mengenai pendedahan risiko siber yang dihadapi oleh teknologi kewangan, King berkata, syarikat-syarikat perlu sentiasa melabur dalam kemajuan teknologi secepat mungkin, kerana teknologi matang sentiasa membantu mengurangkan risiko.

"Adakah serangan siber menghentikan orang ramai daripada menggunakan teknologi untuk transaksi kewangan? Tidak. Semakin banyak serangan berlaku, semakin kuat sistem imun teknologi," katanya

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfBHoW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar

Sekianlah artikel Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/firma-teknologi-dijangka-atasi-bank.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar"

Catat Ulasan

Loading...