Judul : GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU
link : GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU
GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU
BIMBANG dengan bantahan kumpulan Melayu terhadap “Jerusalem Jubilee” yang sepatutnya diadakan di Melaka minggu depan, pemimpin gereja Sarawak semalam membatalkan acara Kristian serupa di Miri yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
Pembatalan itu dibuat walaupun pemimpin Sarawak menyokong acara itu atas nama kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“All Borneo Revival Convocation” sepatutnya diadakan di Miri dari 22 Jun hingga 25 Jun tetapi ketua gereja Sarawak memutuskan untuk membatalkannya selepas satu mesyuarat semalam.
Seorang ahli jawatankuasa penganjur “All Borneo Revival Convocation” memberitahu The Malaysian Insight mereka memutuskan untuk membatalkan acara itu selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri mengarahkan pembatalan “Jerusalem Jubilee” di Melaka.
Zahid dipetik sebagai berkata acara di Melaka itu akan melukakan sensitiviti umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung, terutama pada bulan suci Ramadan.
Polis Melaka juga berkata mereka menerima lebih 30 laporan polis membantah acara itu.
“Kami tidak akan teruskan acara itu selepas insiden di Melaka,” kata jurucakap jawatankuasa penganjur itu, merujuk kepada laporan polis terhadap acara berkenaan.
Perhimpunan di Melaka dianjurkan oleh The Calvary Life Assembly (Chinese), satu mazhab Kristian tempatan yang akan turut menampilkan beberapa penceramah mubaligh Kristian.
Penceramah yang sama dijadualkan memberi ucapan di Miri.
“Penceramah sudah dimaklumkan mengenai pembatalan itu,” kata jurucakap berkenaan kepada The Malaysian Insight.
Terdahulu, pemimpin Sarawak daripada kedua-dua bahagian politik membenarkan perhimpunan kebangkitan Kristian di Miri.
Setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri Michael Tiang berkata perhimpunan seperti itu tidak akan mengancam keamanan.
“Saya faham kebimbangan beliau (Zahid) berhubung perhimpunan itu diadakan pada Ramadan. Di Semenanjung, ia sudah pasti kawasan majoriti umat Islam. Lebih pula, sekarang bulan puasa, jadi Kementerian Dalam Negeri ada kebimbangan itu, ia amat difahami.
“Rakyat Sarawak lebih liberal dan lebih menerima,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Tiang yang juga pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP), parti komponen Barisan Nasional, berkata “struktur budaya” di Sarawak berbeza berbanding di Semenanjung.
“Saya percaya perhimpunan itu tidak akan, dalam apa juga cara, menyebabkan rasa tidak senang, kekacauan atau kebimbangan dalam kalangan masyarakat Sarawak. Kami bukan begitu. Sarawak okay,” katanya.
Pemimpin PKR Sarawak Baru Bian berkata perhimpunan kebangkitan diadakan hampir setiap tahun, di mana ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak turut serta.
Mengulas keputusan KDN mengharamkan acara di Melaka, Adun Ba’Kelalan itu berkata pihak berkuasa mungkin tidak faham sifat perhimpunan kebangkitan itu.
“Semua ini salah faham terhadap tujuan perhimpunan seperti itu. Mereka yang membantah pada asasnya tidak faham aspek spiritual perhimpunan itu.
“Ini hanya perhimpunan kebangkitan yang pada asasnya selaras dengan kepercayaan rohani kebanyakan Kristian. Kebangkitan ialah perubahan rohani dan dihidupkan semula dalam keimanan terhadap Tuhan mereka.
“Ia tidak ada konotasi politik dan tidak ada kepentingan politik.
“Saya rasa masalah di Melaka ialah mereka guna perkataan Jerusalem dan keseluruhannya kelihatan sedikit provokatif. Kalau tidak, ia tidak ada kena mengena langsung dengan politik,” kata Baru.
Lebih 42% rakyat Sarawak beragama Kristian.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz4TVF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU
Anda sekarang membaca artikel GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/gereja-sarawak-batal-acara-kristian.html
0 Response to "GEREJA SARAWAK BATAL ACARA KRISTIAN WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI RESTU"
Catat Ulasan