God Of War diperlihatkan secara mengejut tahun lalu dan meneruskan pengembaraan Kratos si Dewa Perang. Sony hari ini memperlihatkan trailer baru yang memberikan lebih banyak maklumat mengenai permainan aksi ini. Dari apa yang dipertontonkan, Kratos akan sentiasa bersama anak beliau dengan si anak menjadi watak sokongan yang boleh membantu ketika di dalam pertarungan.
Pada trailer tahun lalu, World Serpent Jörmungandr dari mitologi Norse dilihat dari jauh. Kali ini ia muncul dengan jelas dan membantu Kratos. Di dalam mitologi Norse, Jörmungandr dibunuh oleh Thor sebelum dewa ini sendiri meninggal dunia kerana racun dari naga ini.
Adakah ini memberikan petunjuk kapak yang digunakan Kratos adalah Mjölnir milik Thor? Permainan ini akan dilancarkan awal 2018 dan segala persoalan akan terjawab kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4GfuV
Demikianlah Artikel God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018
Sekianlah artikel God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/god-of-war-akan-dilancarkan-awal-2018.html
0 Response to "God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018"
Catat Ulasan