Judul : Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan
link : Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan
Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan
DUNIA lakonan negeri pengeluar ginseng sememangnya dipenuhi aktor tampan dan mempesonakan. Selama ini, hanya Lee Min Ho dan Song Joong Ki yang dilihat mampu memberi pengaruh besar di dalam industri hiburan yang sekaligus membuatkan ramai yang mula jatuh cinta pada mereka.
Bagaimanapun situasinya kini berbeza. Aktor dan model Gong Yoo juga tidak harus dipandang sebelah mata. Sejak filem ‘Train to Busan’ menjadi bualan sehingga ke peringkat antarabangsa dan drama Goblin menjadi fenomena, Gong Yoo disebut membuka gerbang ‘Hallyu Wave’ generasi terbaru.
Sama seperti Song Joong Ki, Gong Yoo tidak putus-putus menerima tawaran di dalam industri hiburan membuatkan namanya terus disebut-sebut. Bahkan, Gong Yoo juga menjadi salah seorang model yang paling dicari-cari untuk menjadi wakil jenama produk terkenal, demikian lapor KoreaPortal pada Isnin (26/6/2017).
Alasannya, setiap produk yang dibintangi Gong Yoo pasti laris dan mendapat permintaan tinggi. Perkara ini meletakkan nama Gong Yoo sebagai salah seorang aktor paling berpengaruh di Korea Selatan berdasarkan pendapat Korea Corporate Reputation Research Center.
Tinjauan juga memilih Gong Yoo ditempat pertama aktor paling berpengaruh berdasarkan penerimaan pelbagai tawaran jenama produk terkemuka, manakala populariti Lee Min Ho yang pernah popular menerusi drama Boys Over Flowers (2009) dilihat semakin menurun.
Terbaru Lee Min Ho berada ditangga ketiga menerusi kategori Pelakon Popular Korea Selatan. Malah ada yang meramalkan populariti bintang ini akan lebih menurun kerana dia baru sahaja menjalani latihan wajib ketenteraan yang akan mengambil masa lebih kurang dua tahun.
The post Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmvdnY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan
Anda sekarang membaca artikel Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/gong-yoo-kini-aktor-terlaris-korea.html
0 Response to "Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan"
Catat Ulasan