Judul : GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN
link : GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN
GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN
GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan mengulas berhubung gesaan BN terhadap penjelasan isu bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri ini.
Beliau yang ditemui ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Komtar hanya berkata “mungkin hari lain (untuk jawab)” kepada media yang bertanyakan isu tersebut kepadanya.
Beliau kemudiannya bangun dari kerusi dan terus meminta sesi bergambar diadakan.
Kelmarin, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menerangkan sebab bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek pembinaan infrastruktur tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dibenarkan.
Abdul Rahman berkata, jika gagal, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengikut rekod, isu terbabit pernah dibangkitkan Naib Presiden1 Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan apabila membuat dua laporan kepada SPRM berhubung syarikat yang dipertanggungjawabkan melaksanakan projek tersebut.
Pada mulanya, Cheng Guan membuat laporan berhubung kos tiga kajian pelaksanaan projek mega itu bernilai RM305 juta yang didakwa mengandungi unsur mencurigakan.
Cheng Guan turut membuat satu lagi laporan dengan mendakwa Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) telah membuat perubahan besar dalam pegangan saham besar ini Mei tahun lalu berbanding Mac 2012.
Cheng Guan mendakwa, sebelum ini, China Railway Construction Corporation Ltd adalah pemegang saham dalam CZBUCG namun selepas semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu tidak lagi memegang pemegang saham dalam CZBUCG.
Susulan daripada itu, Pengerusi CZBUCG, Datuk Zarul Zulkifli memfailkan saman fitnah terhadap Cheng Guan selepas mendakwa tidak mampu lagi menahan sabar apabila Cheng Huan sering kali membangkitkan pelbagai dakwaan berhubung isu pembinaan terowong dasar laut dan projek tiga buah lebuhraya tersebut.
Menurutnya, dia mengambil tindakan itu kerana semua dakwaan yang dibuat Cheng Guan memperlihatkan reputasi diri dan syarikatnya buruk selain menjejaskan keyakinan pihak bank terhadap syarikatnya itu.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ss6tJz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN
Anda sekarang membaca artikel GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/guan-eng-enggan-jawab-gesaan-bn.html
0 Response to "GUAN ENG ENGGAN JAWAB GESAAN BN"
Catat Ulasan