Judul : Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak
link : Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak
Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak
SEMPORNA – Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat secara terbuka mahu menjadi perdana menteri semula sebagai langkah terdesak.
Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah mendakwa Dr Mahathir terdesak untuk menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan sedia ada dengan sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak relevan.
“Sebelum ini beliau mencalonkan nama wakil daripada barisan pembangkang untuk jawatan perdana menteri, dan mungkin kerana calon yang dicadangkan semuanya tidak boleh diterima masyarakat maka beliau berhasrat menjadi perdana menteri semula,” katanya selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada kira-kira 1,000 golongan asnaf dan ibu tunggal sekitar Zon Bugaya di Dewan Kampung Seraya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kesediaan Dr Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempertimbangkan menjadi perdana menteri semula sekiranya itu yang dimahukan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Ramlee berkata legasi Dr Mahathir sebagai negarawan yang diangkat tinggi suatu ketika dahulu telah diruntuhkan oleh dirinya sendiri, ekoran itu adalah mustahil hasrat yang dilontarkan itu menjadi kenyataan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMQcvn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak
Anda sekarang membaca artikel Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/hasrat-tun-m-mahu-kembali-jadi-pm.html
0 Response to "Hasrat Tun M Mahu Kembali Jadi PM Langkah Terdesak"
Catat Ulasan