Judul : Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin
link : Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin
Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata isu berkenaan berjaya diselesaikan selepas jurulatih kelahiran Jerman itu mengadakan pertemuan dengan beliau hari ini.
Beliau memaklumkan badan induk itu enggan mengulas isu berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt."Penyelesaian dan keputusan dibuat hari ini, turut telah mendapat perkenan Presiden FAM Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi," jelas Hamidin menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook FAM.
FAM melantik Bernhardt menerusi kontrak dua tahun pada 2015 untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, namun ditamatkan khidmatnya selepas Tunku Ismail menang tanpa bertanding kerusi Presiden FAM pada Kongres Tahunan badan induk itu, 25 Mac lepas.
Tunku Ismail turut mengumumkan Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini mengendalikan skuad kebangsaan, dilantik sebagai jurulatih skuad B-22 negara manakala Nelo Vingada dari Portugal dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTXA7q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin
Anda sekarang membaca artikel Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/isu-tuntutan-baki-gaji-bernhardt_4.html
0 Response to "Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin"
Catat Ulasan