Judul : Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif
link : Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif
Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif
Pemenang program realiti pencarian Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, mengaku pada awalnya agak keberatan untuk menerima tawaran mengacarakan program Meletop, Selasa lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf berpendapat, program berkenaan tidak bersesuaian dengan imej dirinya.
Bagaimanapun, beliau bersetuju untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan selepas mengadakan perbincangan dengan pihak produksi dan mereka berjanji menyediakan isi kandungan bersesuaian supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
“Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik.
“Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air.
“Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya,” kata Asyraf kepada BH Online.
Kata Asyraf, 33, beliau juga terkejut dengan komen positif netizen terhadap kemunculannya dalam program terbabit.
“Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program itu,” ujarnya.
Ditanya mengenai gandingannya Siti Nordiana yang menggantikan tempat Neelofa pada rancangan berkenaan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usuluddin dari Universiti Malaya ini berkata, ia bukanlah kali pertama mereka ditemukan dalam sesebuah rancangan kerana pernah bekerjasama mengendalikan sebuah program berkonsepkan agama.
Sumber: BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6RHcM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif
Anda sekarang membaca artikel Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jadi-hos-meletop-imam-muda-asyraf.html
0 Response to "Jadi hos meleTOP, Imam Muda Asyraf terkejut terima komen positif"
Catat Ulasan