Loading...

Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid

Loading...
Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid
link : Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid

Baca juga


Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masjid perlu dijadikan institusi pembelajaran sepanjang hayat dan bukan sebagai tempat meraikan perbezaan pendapat.

Beliau berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi dan parti dalam kalangan jemaah masjid, ia perlu diatasi secara beradab.

"Masjid mesti jadi tempat ibadah, tempat perpaduan untuk menimba ilmu, tempat mengimarahkan masjid, bukan sahaja untuk solat," katanya ketika berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah Sungai Rokam, di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk menaik taraf masjid tersebut, melibatkan peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan Persekutuan manakala selebihnya melalui kerajaan negeri.

"(Kerja-kerja) menaik taraf antaranya melibatkan pembesaran masjid serta memasang pendingin hawa. Ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang," katanya.

Ahmad Zahid berkata masjid berkenaan bukan asing baginya kerana ketika belajar di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah di sini, pada 1966 hingga 1971, beliau sering menunaikan solat Jumaat di rumah ibadat itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 1,000 jemaah yang dipimpin Imam dari Mekah Sheikh Dr Idris Al-Misrafi.

Beliau yang tiba kira-kira 8.35 malam, turut diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Selepas selesai solat Tarawih, beliau turut beramah mesra dengan jemaah serta menikmati moreh.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNpVAm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid

Sekianlah artikel Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jadikan-masjid-institusi-pembelajaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jadikan masjid institusi pembelajaran sepanjang hayat - TPM Zahid"

Catat Ulasan

Loading...