Judul : Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek
link : Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek
Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek
Rumah pusaka menyimpan banyak kenangan. (Gambar: Z.Nadzri)
Ketibaan Ramadan membuatkan Aizat Amdan, 28, terkenangkan arwah datuk dan neneknya yang sudah pergi untuk selamanya.
Selain kasih ibu dan ayah, perhatian yang diberikan insan yang melahirkan kedua orang tua kita itu juga tiada tolok bandingnya.
Lantaran itu, Aizat mahu mengekalkan setiap kenangan yang pernah dilaluinya terutama pada zaman kanak-kanaknya dengan menjaga rumah pusaka tinggalan arwah di Raub, Pahang.
“Sudah tiga tahun rumah itu tidak berpenghuni dan sebelum ini ia dijaga bapa saudara saya tetapi dia sekarang kurang sihat. Biarpun datuk dan nenek sudah tiada namun rumah itu terus menjadi tempat keluarga dan sanak saudara berkumpul apabila tibanya Syawal.
“Kini saya bertanggungjawab untuk menjaga rumah itu dan memperbaiki apa yang perlu agar ia boleh dijadikan ‘homestay’,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Ujar penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu lagi, jadi pada Ramadan ini dia akan bercuti awal untuk balik ke Raub membersihkan rumah itu.
“Ketika mereka berdua masih ada, rasa tak sabar nak balik kampung. Perasaan gembira itu bukan saja ketika menjelang Aidilfitri malah pada hari-hari biasa juga.
“Lalu saya mahu terus abadikan segala kenangan saya bersama mereka dengan menjaga rumah pusaka itu dengan baik,” katanya.
Ramadan ini juga Aizat memanfaatkan masanya dengan menambahkan amal ibadah, memenuhi undangan berbuka dan menyempurnakan amanah selaku duta Kempen Raya TV3 & TV9.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qS6bsk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek
Anda sekarang membaca artikel Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jaga-rumah-pusaka-kekalkan-kenangan.html
0 Response to "Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek"
Catat Ulasan