Loading...
Judul : Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN
link : Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN
Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN
PETALING JAYA: Kenyataan seperti ancaman dan mengejutkan, begitu gambaran yang diberikan dua pemimpin pembangkang selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat menjamin laluan selamat untuk editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown jika datang ke Malaysia untuk memberikan bukti.
Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran berkata beliau terkejut Khalid, yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara dan pasukan polis dengan kekuatan lebih 100,000 orang, membuat kenyataan seperti itu.
“Khalid akan menjadi bahan ketawa kerana berkata sebegitu. Ia menggambarkan pasukan keselamatan kita.
“Rewcastle-Brown perlu dibenarkan datang ke Malaysia dan keselamatannya perlu dijamin.
“Kenyataan Khalid menunjukkan beliau tidak berminat dengan kedatangan Rewcastle-Brown untuk memberi keterangan, atau Khalid tidak mahu Rewcastle-Brown datang,” katanya.
Ahli politik DAP itu berkata perkembangan ini menunjukkan dapatan Sarawak Report semakin wibawa.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua pula berkata kenyataan Khalid itu boleh dianggap seperti ancaman.
“Ia menunjukkan betapa beliau berpihak. Beliau sepatutnya menunjukkan keingingan untuk menentukan kesahihan dokumen Sarawak Report, tetapi beliau seperti cuba mengawal maklumat yang didedahkan itu.
“Nampak seperti beliau tidak berminat untuk mengetahui kebenaran mengenai skandal rasuah itu,” kata ahli politik PKR itu.
Beliau berkata KPN tidak sepatutnya menakut-nakutkan mereka yang berpotensi mendedahkan maklumat. Beliau menambah kenyataan Khalid itu “tidak wajar dan tidak profesional”.
Hari ini, Khalid menuduh Rewcastle-Brown mencemar nama baik polis. Beliau berkata Rewcastle-Brown perlu datang ke Malaysia dan buktikan semua dakwaan yang disiarkan melalui portal itu.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menjamin laluan selamat di negara ini.
“Jika dia mahu datang, dia datang dan membuktikan apa sahaja tuduhan yang dibuatnya itu,” katanya.
Khalid berkata kebanyakan laporan dan dakwaan Sarawak Report sekadar khabar angin, dan Rewcastle-Brown membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya dan orang lain.
Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown, yang berpangkalan di London, berdendam dan mahu mengeluarkannya sedikit demi sedikit sambil membuat tuduhan dari luar negara.
Sarawak Report berkata ia memiliki dokumen dari sumber yang menunjukkan Gopinathan Krishnan, suspek utama yang ditahan bulan lalu sebagai orang tengah penting dalam kegiatan perlindungan aktiviti maksiat di Melaka, berhubung dengan Khalid secara telefon.
Laman itu berkata Gopinathan pernah menghubungi abang ipar Khalid, Mohd Isa Hussin, yang didakwa menjalankan perniagaan menjual senjata api dan aksesori Nilai Arms. Sebelum ini dilaporkan anak perempuan Khalid memegang saham majoriti dalam perniagaan itu.
Khalid hari ini akui beliau dan keluarga mengenali Gopinathan.
Beliau berkata mereka yang mengenai beliau atau keluarganya masih perlu berdepan tindakan undang-undang jika mereka terbabit dalam kegiatan haram.
Khalid turut membidas Rewcastle-Brown kerana mendakwa beliau ke Rom atas perbelanjaan kerajaan. Khalid menjelaskan beliau sebenarnya bersama anak lelaki Sultan Pahang, untuk urusan tempahan 2 helikopter. #sumber
Demikianlah Artikel Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN
Sekianlah artikel Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jamin-laluan-yang-selamat-untuk.html
0 Response to "Jamin Laluan Yang Selamat Untuk Rewcastle-Brown, Kata PH Kepada KPN"
Catat Ulasan