Loading...

Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal

Loading...
Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal
link : Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal

Baca juga


Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal



ARKIB : 16/08/2005
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Dulunya dianggap kerdil tetapi Laos kini bukan lagi seperti Brunei yang menjadi budak belasahan setiap pasukan Kumpulan A Kejohanan Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Palembang, Sumatera termasuk Malaysia.

Dalam diam-diam sahaja, skuad belia negara Indochina itu sudah mengeluarkan bisanya lalu mengejutkan dua pasukan pilihan Kumpulan B, Singapura dan Vietnam untuk mara ke separuh akhir menentang anak didik K. Rajagopal di Stadium Jakabaring, esok.

``Mutu bola sepak Laos sudah berkembang mengikut peredaran masa. Jangan samakan mereka dengan lima atau enam tahun lalu. Macam Myanmar juga, segi teknikalnya Laos bukan calang-calang pasukan biarpun masih dibimbing oleh ju-rulatih tempatan.

``Formasi permainan mereka cukup tersusun. Jika tidak, mana mungkin mereka mampu ke separuh akhir bersama Timor Leste (naib juara kumpulan B yang ditewaskan 4-0, kelmarin),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Laos jugalah yang mengaibkan skuad senior negara bimbingan Wan Jamak Wan Hassan 1-0 dalam Sukan SEA Jakarta 1997 sekali gus gagal ke separuh akhir biarpun baru bergelar naib juara Piala Tiger 1996.

Yang penting menurut Rajagopal, bekas jurulatih sementara skuad negara pada kelayakan Piala Dunia tahun lalu, ialah corak permainan konsisten anak buahnya dipamerkan di atas padang tanpa sesekali memperkecilkan kemampuan Laos.

``Untuk beraksi dengan konsisten, tahap kecergasan pasukan perlu tinggi. Mujurlah dengan tiga hari rehat selepas perlawanan peringkat kumpulan, kita ada sedikit kelebihan itu berbanding lawan untuk mengumpulnya semula,'' katanya.

Kata beliau, agak merisaukannya ialah beberapa pemain negara yang sudah mengutip satu kad kuning yang mungkin teragak-agak untuk menampilkan aksi mengikut kemampuan sebenar mereka.

``Fokus penuh mesti ada dalam menentang Laos dan main seperti biasa. Mereka tidak perlu terburu-buru memikirkan masuk perlawanan akhir lagi dan takut dapat kad kuning kedua,'' katanya.

Mereka yang diancam penggantungan satu perlawanan selepas ini ialah ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak, sayap kanan Khyril Muhaymeen Zambri, Safiq Rahim, K. Gurusamy, Farderin Kadir dan Wan Mohd. Hoesne Hussain.

Selepas empat perlawanan, Rajagopal dan Kompeni menghasilkan 18 gol dengan Shafiq Jamal muncul penyumbang terbanyak, lapan gol termasuk hatrik kembar ketika membelasah Brunei 12-0 diekori oleh penjaring prolifik, Zaquan Azha Abdul Razak (tujuh gol).

Barisan kemungkinan: Amini Ahmad Tabarani, Nasriq Baharon, Aidil Zafuan Razak, Arif Fazeli Saidin, Wan Mohd Hoesne Hussain, K. Gurusamy, Safiq Rahim, Khyril Muhaymeen Zambri, Shaiful Sabri, Farderin Kadir, Zaquan Adha Razak

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sxbz4o
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal

Sekianlah artikel Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jangan-perkecilkan-laos-rajagopal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan perkecilkan Laos - Rajagopal"

Catat Ulasan

Loading...