Judul : Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis
link : Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis
Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis
KUALA LUMPUR – Berikutan penganjuran program Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil akan membuat laporan polis.
Ketuanya, Rohazam Bakar mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi untuk program itu.
“Tahukah kita bahawa Jerusalem’s Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 sempena tahun ke 50 di angkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.
“Kami Pemuda UMNO menolak sekeras-kerasnya sambutan ini diadakan di Malaysia terutamanya di bumi Melaka ini! Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi,” katanya memetik laporan UMNO Online.
Dalam pada itu katanya, Pemuda UMNO juga mahu tahu siapakah dalang di sebalik penganjuran program berkenaan yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti serta sentimen rakyat di negara ini terhadap negara Israel.
“Laporan akan dibuat di Balai Polis Bukit Baru pada petang ini dan kami Pemuda UMNO Bukit Katil memohon kerjasama orang ramai untuk hadir bagi membantah program itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWvdpu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis
Anda sekarang membaca artikel Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/jerusalems-jubilee-pemuda-umno-buat.html
0 Response to "Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis"
Catat Ulasan