Judul : Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri.
link : Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri.
Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri.
Kisah seorang lelaki yang membina rumah banglonya sendiri dengan tuland empat kerat selama 6 bulan akhirnya siap pada malam raya.
“KAMI bukan orang senang, tapi ayah bersungguh mahu menyiapkan rumah yang selesa untuk kami berteduh. Kasihan juga lihat dia angkat barang berat ketika panas terik.
“Tapi itulah ayah saya, dia begitu mementingkan kesempurnaan dan mahu siapkan rumah yang dibangunkan dengan tulang empat keratnya.”
Siti Hajar berkata, rumah yang terletak di Pontian, Johor itu mula didiami pada Aidilfitri 2010.
“Sebelum ini, kami tinggal di rumah datuk saya di kawasan sama. Tetapi rumah itu sudah lama dan banyak yang rosak.
“Kebetulan rumah yang ayah bina hampir siap menjelang raya. Kami mula berpindah secara rasmi pada malam raya. Itu mungkin raya yang paling seronok kerana akhirnya kami dapat beraya di rumah sendiri,” katanya.
Sementara itu, Yahya berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan keseluruhan rumah terbabit.
“Saya hanya meminta bantuan rakan untuk menghulur barang atau membancuh simen. Selebihnya saya buat sendiri seperti menaikkan batu, mengecat dan pendawaian,” katanya.
Yahya berkata, tapak rumah itu pernah terbengkalai selama lima tahun kerana mengalami masalah kewangan.
“Saya tak mahu berhutang dengan orang lain atau bank. Jadi saya kumpul wang sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan menyiapkan rumah yang terbengkalai.
“Apabila melihat rumah itu siap sepenuhnya, saya rasa bersyukur dan seronok sangat dapat tinggal di rumah hasil tangan sendiri,” katanya. Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZEboz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri.
Anda sekarang membaca artikel Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kami-bukan-orang-senang-ayah-siapkan.html
0 Response to "Kami Bukan Orang Senang, Ayah Siapkan Rumah Sendiri."
Catat Ulasan