Judul : Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok
link : Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok
Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok
ARAU – Seorang kanak-kanak perempuan maut, dua cedera parah dan tiga lagi cedera selepas kenderaan dinaiki enam sekeluarga itu terbabas dan melanggar pokok di Km 16 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini malam semalam.
Nursyazani Shazrin, 4 yang cedera parah pada badan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, manakala ibunya Norhana Sawal, 30 dan sepupunya Nur Ufairah Afiqa Mohd Zaini, 3 dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata tiga lagi iaitu bapa Nursyazani, Shazrin Sajat, 30 dan abang Norhana, Mohd Zaini Sawal, 41 serta anaknya Nur Uzma Aqilah, 6 cedera.
Nanda berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam apabila Honda Stream yang dipandu Shazrin hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok.
Keluarga terbabit yang berasal dari Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari Langkawi, katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 19987. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukV1h8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok
Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-maut-kerta-dinaiki-langgar.html
0 Response to "Kanak-Kanak Maut, Kerta Dinaiki Langgar Pokok"
Catat Ulasan