Judul : Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode
link : Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode
Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode
ASUS pada sebelum ini telah mula menjual ASUS Zenfone 3 Zoom, iaitu peranti dengan keupayaan dwi-kamera dengan kapasiti bateri 5000 mAh. Namun ia tidak hadir dengan Android 7.1 Nougat pada mulanya dan hanya menawarkan sistem Android 6.0 Marshmallow secara terbina. Kini, seperti yang dijanjikan oleh ASUS pada halaman produk mereka, peranti ini telah mula menerima kemaskini Android 7.1 Nougat dengan penambahbaikan beberapa perkara dan sejumlah fungsi baru.
Antara fungsi yang telah hadir ialah Portrait Mode, yang membolehkan peranti menghasilkan gambar dengan kesan bokeh seperti mana yang telah hadir pada iPhone 7 Plus. Ia juga kini menyokong penggambaran RAW, bagi memudahkan orang ramai membuat suntingan pada gambar yang diambil. Paparan launcher yang hadir pada ASUS ZenUI turut diberi kemaskini, dengan menampilkan bahagian Google Now pada bahagian kiri homescreen.
Kemaskini besar ini turut memberikan penampilan baru untuk ruangan notification drawer yang kini membawa antaramuka dengan kesan translucent padanya. Pada bahagian lockscreen juga turut membawa tampilan yang lebih kemas, dengan membawa paparan jam yang lebih kecil untuk memberi ruang kepada paparan wallpaper yang lebih menyeluruh.
Dengan kemaskini Android 7.1 Nougat, ASUS Zenfone 3 Zoom kini turut menyokong fungsi multi-window, Doze On-the-Go untuk penjimatan bateri ketika bergerak, dan sokongan membalas mesej terus daripada notifikasi. Kemaskini ini juga membawa tarikh Android security patch level yang lebih terkini iaitu pada 1 May 2017 berbanding 1 March 2017 menerusi kemaskini terdahulu.
Kemaskini ini telah mula diedarkan bermula hari ini dan anda yang mempunyai peranti ASUS Zenfone 3 Zoom, boleh menuju ke halaman Settings > System updates > Check Update untuk memulakan proses kemaskini telefon anda.
Baca: Ulasan: ASUS Zenfone 3 Zoom
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t39eQg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode
Anda sekarang membaca artikel Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kemaskini-android-71-nougat-hadir-untuk.html
0 Response to "Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode"
Catat Ulasan