Judul : Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut
link : Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut
Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut
Malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan apabila kepalanya terselit antara dua tiang dalam sebuah bas.
Kejadian berlaku Sabtu lepas apabila pemandu bas itu membrek secara mengejut, menyebabkan kepala kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang berdiri di tengah kedua-dua tiang berkenaan terperosok di celah tiang terbabit.
Bomba terpaksa dipanggil untuk membantu melepaskan kanak-kanak berkenaan.
Dengan menggunakan peralatan khas, anggota penyelamat berjaya meluaskan ruang antara tiang berkenaan sebelum dapat melepaskan mangsa.
Video yang rakam biro bomba Fuzhou menunjukkan keadaan kanak-kanak itu dengan kepalanya tersekat antara dua tiang besi itu.
Ibu bapanya yang turut berada di dalam bas itu terpaksa mententeramkannya sepanjang usaha melepaskannya.
Media tempatan yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak itu cedera dalam kejadian berkenaan.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugEqL3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut
Anda sekarang membaca artikel Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kepala-terperosok-celah-tiang-bas-gara.html
0 Response to "Kepala terperosok celah tiang bas gara-gara pemandu brek secara mengejut"
Catat Ulasan