Judul : Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah
link : Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah
Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah
KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuktikan SPRM komited dalam memerangi gejala rasuah, salah guna kuasa serta salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota agensi-agensi penguatkuasaan, kata Yayasan Pencegahan Jenayah malaysia (MCPF)
Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye berkata melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak boleh berkongsi maklumat, kepakaran, teknologi dan hasil kajian masing-masing bagi memastikan usaha memerangi rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Semua pihak harus menyokong kerjasama strategik ini kerana ia dapat membantu SPRM merealisasikan matlamat untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang 2020.
“Sebenarnya, kerjasama yang dibentuk oleh SPRM dengan pelbagai pihak bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu turut menghantar isyarat jelas kepada masyarakat bahawa ia serius dalam menghapuskan jenayah rasuah di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata banyak pihak termasuk agensi kerajaan pusat dan negeri serta pihak swasta turut menandatangani ikrar memerangi rasuah di organisasi mereka melalui kerjasama dengan pihak SPRM.
Katanya ini secara tidak langsung menunjukkan semakin banyak pihak yang sedar akan kepentingan memerangi rasuah demi kesejahteraan negara dan masyarakat.
Kini terdapat 21 agensi penguatkuasaan persekutuan disenaraikan di bawah seliaan EAIC. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1kFL8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah
Anda sekarang membaca artikel Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kerjasama-sprm-eaic-bukti-komitmen.html
0 Response to "Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah"
Catat Ulasan