Loading...
Judul : Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini
link : Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini
Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini
Indonesia tidak lagi mempunyai kedai runcit 24 jam, 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu ditutup mulai hari ini. Penutupan 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern Internasional dalam satu kenyataannya baru-baru ini.
Media tempatan memetik Pengarah PT Modern Internasional, Chandra Wijaya sebagai berkata, pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu disebabkan masalah kekangan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.
PT Modern Internasional sebelum ini dilaporkan bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada firma PT Charoen Pokphand Restu Indonesia. Namun, penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.
Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas, lebih 20 kedai itu ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.
Tinjauan agensi berita Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven di Jakarta telah pun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis pemberhentian operasi.
Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada tahun 2008 dan diuruskan oleh PT ModernSevel Indonesia, anak syarikat PT Modern Internasional. Menurut laporan kewangan suku pertama 2017, PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (RM71.3 juta) kepada Rp138,62 juta (RM44.7 juta).
Sementara itu, Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan rangkaian kedai 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa. Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian syarikat tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s89ewW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini
Sekianlah artikel Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kesemua-kedai-7-eleven-ditutup-bermula.html
0 Response to "Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini"
Catat Ulasan