Judul : Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
link : Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Bila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mula bersuara agar guru baru yang ditukarkan ke kawasan pedalaman bertahan pasti ada guru-guru muda yang resah dan susah hati. Bertahan di sini bermaksud tidak memohon pertukaran ke Semenanjung sampailah diri mereka disahkan jawatan.
Guru muda lulusan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, pengkhususan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berdepan situasi cemas, menyaksikan seorang Pawang menangkap buaya tanpa apa-apa senjata canggih melainkan sebatang buluh mengundang ketakutan dalam dirinya.
Ketika kejadian, Nurul Akma Khalis, 36 terpaksa menggunakan bot menyeberang jalan sungai untuk membolehkannya sampai ke sekolah.
"Waktu itu, jambatan untuk menghubungkan Simunjan dan Gedung masih dalam pembinaan. Bot satu-satunya pilihan pengangkutan terdekat. Kalau guna jalan darat, masa diambil antara 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah," maklumkan yang perlu membayar RM200 untuk menyewa bot sebulan.
Satu pagi, ketika dalam perjalanan merentsi sungai ke sekolah. Pemandu bot menunjukkan ke arah seekor haiwan yang bergerak ligat di dalam sungai.
"Ada buaya terkena jerat." Katanya.
Enjin bot dihentikan. Ada seorang pawang menunggu di situ. Dia berperang dengan buaya yang tak kurang kuatnya melawan. Tiada senjata canggih pun ada di tangan Pawang melainkan sebatang buluh. Pergelutan itu akhirnya berjaya menumpaskan buaya dan ia dibawa naik ke darat.
"Tipulah kalau saya tak takut sepanjang menyeberang Sungai Sageng. Setiap kali mengenang anak-anak murid menunggu dalam kelas, saya jadi kuar semangat.
"Anak-anak ini kekuatan saya. Mereka memberi keseronokan sepanjang saya mengajar di sana. Pentadbir dan rakan sekerja juga sangat baik. Ambil berat tentang saya, sampaikan pegawai di PPD Simunjan bekalkan jaket keselamatan untuk saya pakai setiap pagi."
Apa Khabar Cikgu?
kiriman WhatsApp dari anak pendidikan khas membuatkan guru muda ini terharu. Apabila anak murid dapat mengeja sesuatu perkataan, mengenakan butang baju sendiri, kenal ABC dengan baik, itu sudah cukup bererti baginya yang mengajar murid-murid istimewa.
Semangat guru muda ini boleh dijadikan inspirasi. Biarpun terpaksa merentasi sungai yang ada buaya untuk sampai ke sekolah, dia tidak hilang semangat. Malah terus cekal memberikan baktinya pada anak-anak kawasan pedalaman yang memerlukan khidmat didikannya.
Pengalaman Mengajar
Guru Pendidikan Khas Integriti.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual.
Pertukaran Sekolah
Januari 2010 - Jun 2011
Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
2011 - 2014
Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan, Sarawak
2015 - hingga kini
Sekolah kebangsaan Kampung Kolam Kuala Rompin, Pahang
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJRys9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Anda sekarang membaca artikel Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/ketika-berbot-ke-sekolah-guru-ini.html
0 Response to "Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Ini Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh"
Catat Ulasan