Loading...

Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

Loading...
Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman
link : Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

Baca juga


Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

"KHAI Bahar itu hanya pangkat adik saya saja la," jelas Amira Othman apabila ditanya hubungannya dengan penyanyi itu.



Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan Amira, 24, sedang bercinta dengan penyanyi yang popular dengan lagu Bayang  itu selepas mereka dilihat duduk bersebelahan pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung pada bulan lalu.

Spekulasi mula hangat apabila Amira turut memuat naik foto bersama Khai di laman Instagramnya.

Kata Amira, dia tidak tahu bagaimana gosip itu timbul memandangkan dia dan Khai Bahar tidak pernah berhubung secara rapat kerana mereka hanya bertemu ketika di majlis atau acara hiburan sahaja.

"Kebetulan saja tempat duduk saya ketika itu bersebelahan dengan ibu dan bapa Khai. Bukan saya yang menentukan tempat itu. Saya ada dengar juga gosip ini tapi rasa kelakar pula.

"Saya gelar diri saya kakak dan panggil dia adik. Jadi, tak mungkin kami ini sedang bercinta," kata Amira ketika dihubungi mStar Online.

Amira memberitahu dia tidak berhajat mencari pasangan hidup dalam industri yang sama kerana dia seorang yang cepat cemburu.

"Kalau boleh saya memang tak nak bercinta dengan orang dalam industri seni. Saya ini cepat cemburu dan tak boleh tengok bila kekasih saya dengan wanita lain walaupun sekadar untuk bekerja," ujarnya yang masih lagi solo.

Namun, Amira tidak menolak jika ditemukan dengan orang yang sama bidangnya.

Dalam pada itu Khai pula ketika dihubungi mengakui dia ada ditanya mengenai gosip tersebut namun dia hanya mampu menjelaskan mereka tiada hubungan istimewa.

"Kelakar pun ada bila ramai yang bertanyakan saya soalan ni termasuk peminat-peminat. Hanya kerana tempat duduk kami bersebelahan tanpa dirancang, terus kena 'bahan' ya!" ujar jejaka 23 tahun ini.

"Khai tak pernah jumpa Amira secara peribadi dan kalau jumpa pun atas urusan persembahan pentas.

"Jadi, bila isu ni kecoh, Khai adalbertanyakan Amira macam mana nak settle (ketawa) dan pesannya, cakap aje la perkara betul yang antara kami tidak lebih daripada adik dan kakak sahaja," katanya.

Di satu sisi, kata Khai gosip tersebut tidak pula mengganggu emosinya selain menganggap ia secebis kisah dan asam garam yang perlu dilaluinya setelah bergelar artis.

Dalam perkembangan lain Khai bakal mengeluarkan single ketiga ciptaanya sendiri berjudul Luluh selepas Aidilfitri depan.




✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXgiiR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

Sekianlah artikel Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/khai-bahar-bukan-kekasih-layak-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman"

Catat Ulasan

Loading...