Loading...

Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !

Loading...
Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !
link : Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !

Baca juga


Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !


JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). 

Khaled berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan sama ada kejadian terbabit merupakan jenayah terancang, kecuaian atau sebagainya. Kejadian sebegini boleh menjejaskan reputasi pelabuhan di negeri ini iaitu 3 pelabuhan yang kini dalam usaha untuk dijadikan pusat logistik serantau. 

“PTP merupakan pelabuhan ke-6 terbesar dari segi kargo berbanding tempat lain. Jadi, apa yang berlaku tidak boleh diambil mudah tetapi perlu perhatian serius. Soal-soal sebegini, kalau disebabkan oleh kekurangan, kelemahan dan sebagainya, ia tidak baik kepada kita,” katanya.

Khaled berkata demikian sebagai mengulas kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di PTP baru-baru ini seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini. 

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata barangan yang diletakkan di dalam sebuah kontena tiba dari Australia pada bulan lepas dan sepatutnya dihantar ke Belanda melalui negeri ini, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabkan ia ditahan. 

Menurut laporan akhbar itu lagi semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan barangan berteknologi tinggi itu sudah dibawa keluar secara rahsia dari negara ini menggunakan kapal lain untuk dihantar ke Belanda bagi mengelakkan sebarang masalah. #sumber


Demikianlah Artikel Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !

Sekianlah artikel Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/khaled-nordin-kehilangan-radar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !"

Catat Ulasan

Loading...