Judul : Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
link : Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada keperluan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melepasi tempoh yang mengizinkan ia dilangsungkan.
"Kita reda dengan kekosongan kerusi berkenaan, namun kita serah kepada Badan Perhubungan UMNO negeri (Kelantan) untuk menentukan dari segi perkhidmatan kepada rakyat dan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengendalikan perkhidmatan di DUN berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Mahmudi di sini, Ahad malam.Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN telah dimaklumkan berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri.
Khamis lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff muflis.
Abdullah dilaporkan berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHeWIU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
Anda sekarang membaca artikel Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/khidmat-kepada-dun-nenggiri-diteruskan.html
0 Response to "Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid"
Catat Ulasan