Judul : Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
link : Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
Dalam arus pemodenan, perkara yang sering diutamakan ialah laluan untuk kenderaan dan manusia. Jarang sekali kita memberi tumpuan kepada haiwan demi memudahkan pergerakan mereka.
Di Kobe, Jepun, terlalu banyak kura-kura melalui landasan kereta api sehingga ada yang mati dan menyebabkan perjalanan kereta api terjejas.
Kura-kura melalui jalan kereta api kerana laluan ini mudah untuk ke kolam yang juga habitat mereka.
Oleh itu, para jurutera membina laluan khas untuk kura-kura berjalan di sepanjang laluan kereta api supaya mereka semua selamat dan bebas bergerak.
Menarik, bukan?
Suma Aqualife Park ialah akuarium dan pantai terbesar di Jepun. Tempat pelancongan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.
Pengunjung perlu menaiki kereta api untuk sampai ke kawasan ini. Di landasan inilah, terdapat laluan khas untuk kura-kura berjalan.
Sebelum laluan ini dibina, kura-kura terpaksa melalui jalan di celah-celah laluan kereta api hingga ada yang terperangkap dan tercedera.
Oleh itu, inisiatif membina laluan khas kura-kura telah menyelamatkan populasi dan membebaskan mereka untuk bergerak.
Laluan ini dibina hasil kerjasama antara Suma Aqualife Park dengan West Japan Railway Company.
Idea hebat daripada para jurutera ini ternyata membuahkan hasil kerana kematian kura-kura disebabkan oleh kereta api menurun secara drastik.
SUMBER
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tj7bKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
Anda sekarang membaca artikel Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/laluan-kura-kura-disediakan-di-sebuah.html
0 Response to "Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun"
Catat Ulasan