Judul : Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut
link : Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut
Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut
KEPALA BATAS – Lebih 100 buah rumah di kawasan Penaga di sini, mengalami kerosakan selepas dilanda ribut awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang bersiap untuk bersahur sebelum hujan lebat disusuli dengan ribut hingga menyebabkan bumbung kebanyakan rumah diterbangkan angin kuat.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad yang meninjau kawasan terlibat menasihatkan semua mangsa ribut agar membuat laporan polis bagi memudahkan proses memberi bantuan.
Katanya pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri akan meneliti tahap kerosakan rumah
mangsa terlibat bagi memberi bantuan segera kepada mereka.
“Setakat ini saya difahamkan sebanyak 100 buah rumah di 12 kawasan dan kampung di Penaga antaranya Taman Penaga, Bakar Kapur, Kuala Muda, Kampung Pasir Gebu dan Permatang Rawa mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang penduduk, Jalina Hassan, 47, berkata detik cemas itu berlaku ketika dia sedang menyediakan makanan untuk suami dan dua anaknya sebelum terdengar bunyi angin kuat dan hujan lebat.
Beliau yang tinggal di Taman Penaga berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat dan dalam masa yang sama bumbung bahagian hadapan dan ruang tamu rumahnya diterbangkan angin.
Seorang lagi penduduk, Mohd Shukri Muin, 45, berkata kejadian ribut itu menyebabkan sebahagian besar rumahnya rosak teruk terutama di bahagian dapur dan dua bilik tidur di rumahnya di Kampung Tepi Laut, Bakar Bata. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s267ra
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut
Anda sekarang membaca artikel Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/lebih-100-rumah-di-penaga-rosak-akibat.html
0 Response to "Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut"
Catat Ulasan