Loading...
Judul : "Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari.
link : "Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari.
"Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari.
JOHOR BAHRU - Seorang suri empat anak rumah hilang punca pendapatan apabila suaminya, Redzuan Suleiman, 39, koma setelah terlibat dalam satu kemalangan langgar lari pada Mei lalu di Batu Pahat ketika pulang dari kerja.
Menurut laporan Sinar Harian, Rohayati Abdul Jalil, 39, berkata, hanya suaminya sahaja yang bekerja bagi menyara mereka sekeluarga.
“Walaupun pendapatan kerjanya sebagai pekerja ladang sawit tak seberapa tapi dialah tempat kami anak beranak mengadu.
“Bila dah jadi keadaan macam ini saya buntu. Memang keluarga ada bantu tapi setakat yang mereka mampu sahaja,” katanya ketika ditemui di Taman Ehsan Jaya, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, suaminya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Tapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menjalani pembedahan pernafasan akibat pendarahan teruk di bahagian otak sebelah kanan.
“Dia sekarang dah tebuk di leher. Sedih hati saya melihat keadaannya tetapi tak boleh buat apa-apa. Buat masa ini saya memang ulang alik dari hospital dengan rumah abang ipar dekat Ehsan Jaya,” katanya.
Menceritakan kembali peristiwa malang yang menimpa suaminya itu, Rohayati berkata, suaminya yang menaiki motosikal untuk pulang makan tengah hari di rumah telah dilanggar oleh sebuah motosikal lain.
“Redzuan diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
“Dalam keadaan parah dia telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, sebelum dirujuk ke HSA untuk rawatan lanjut,” katanya.
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxos19
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel "Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari.
Sekianlah artikel "Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/leher-suami-sekarang-dah-ditebuk-dan.html
0 Response to ""Leher Suami Sekarang Dah Ditebuk, Dan Masih Berada Dalam Koma" - Isteri Mangsa Kemalangan Langgar Lari."
Catat Ulasan