Judul : macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
link : macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
Apple pada minggu ini telah mula menawarkan iOS 11 Beta kepada umum untuk mencubanya pada peranti mudah-alih. Kini, selain daripada iOS, pihak Apple juga telah mula menawarkan macOS High Sierra dalam bentuk beta terbuka kepada semua. Sebelum ini, versi pembangunan ini hanya ditawarkan kepada para pembangun sahaja yang perlu membayar untuk mendapatkan akses.
Bagi anda yang menggunakan komputer Mac, anda kini boleh mendaftar dan mencuba sendiri sistem operasi generasi baru Apple ini pada komputer anda. Walaubagaimanapun, ia dinasihatkan anda menantikan sehingga ke versi akhir atau mencuba ia pada komputer kedua anda – memandangkan ia masih belum versi akhir penuh, dan mungkin terdapat beberapa pepijat yang masih belum dikenal-pasti.
macOS High Sierra menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk menggunakan sistem fail baru yang dinamakan sebagai APFS (Apple File System), selain turut menyertakan penambah-baikkan pada Mail, Photos, Safari, termasuk sokongan untuk realiti-maya.
Bagi anda yang ingin mengambil risiko dan menjadi terawal untuk mencuba sistem operasi terbaru macOS ini, anda boleh melakukannya melalui laman rasmi Apple, dan mula memuat-turun serta memasangnya pada komputer anda hari ini.
Muat-Turun macOS Beta
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWhzGR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
Anda sekarang membaca artikel macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/macos-high-sierra-beta-kini-boleh.html
0 Response to "macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua"
Catat Ulasan