Judul : MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′
link : MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′
MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′
Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai ‘Pengawasan Tahap 2′ dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan dimasukkan ke kategori ‘Tahap 2′.
Negara-negara dalam senarai ‘Tahap 2′ adalah yang tidak memenuhi standard minimum ke arah membanteras pemerdagangan manusia sepenuhnya tetapi berusaha gigih berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, senarai dalam ‘Pengawasan Tahap 2′ juga mempunyai definisi yang sama di atas, selain mempunyai peningkatan ketara mengurangkan jumlah mangsa yang mutlak tetapi gagal menyediakan bukti berhubung peningkatan usaha untuk mencegah perdagangan manusia.
“Kerajaan (Malaysia) menunjukkan peningkatan usaha berbanding tempoh laporan sebelumnya, oleh itu, Malaysia dinaikkan taraf kepada ‘Tahap 2′.
“Kerajaan mempamerkan peningkatan usaha dengan memperluaskan siasatan pemerdaganan manusia, pendakwaan dan sabitan kesalahan,” kata laporan TIP.
Walau bagaimanapun, laporan tersebut menyatakan bahawa usaha untuk melindungi mangsa pemerdagangan manusia masih “tidak mencukupi”.
Ia berkata, walaupun undang-undang baru yang dilaksanakan untuk mangsa di pusat perlindungan membenarkan mereka bergerak bebas dan hak untuk bekerja, namun ini tidak sempurna kerana kelewatan birokrasi.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tW3PdE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′
Anda sekarang membaca artikel MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/malaysia-terkeluar-dari-pengawasan.html
0 Response to "MALAYSIA TERKELUAR DARI ‘PENGAWASAN TAHAP 2′"
Catat Ulasan