Loading...

Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab

Loading...
Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab
link : Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab

Baca juga


Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab



PUTRAJAYA: Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstruktif dalam permasalahan konflik antara Qatar dan beberapa negara Arab tetapi menghormati permintaan supaya tidak mencampuri urusan dalaman mereka.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, sejak awal lagi sudah beberapa kali menghubungi rakan sejawat mereka dari seluruh dunia Islam bagi berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini dan mencari jalan penyelesaian.

"Sewaktu berhubung dengan rakan sejawat, Malaysia menitikberatkan pendirian berkecuali terhadap permasalahan ini dan tawaran serta keprihatinan kita dalam permasalahan ini diterima baik lagi dihargai kerana Malaysia mempunyai hubungan akrab dengan kesemua negara yang terbabit dalam konflik ini.

"Bagaimanapun pada masa sama, negara terbabit turut melahirkan harapan supaya negara dan pertubuhan antarabangsa di luar rantau terbabit tidak campur tangan dalam konflik yang tercetus sejak 5 Jun lalu ini.

"Semua negara berkenaan sedang berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan ini melalui rangka kerja serantau mereka, seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC), selain usaha perantaraan Emir Kuwait dan Malaysia menghormati permintaan mereka," katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Luar yang merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini yang menggesa Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mencari penyelesaian terhadap konflik berkenaan, menegaskan kerajaan sudah berhubungan dengan semua pihak berkenaan sejak awal lagi.

Kementerian Luar turut menegaskan, Malaysia akan teruskan dasar berkecuali dalam permasalahan itu, namun ia adalah dasar 'berkecuali yang aktif', di mana negara masih menawarkan untuk memainkan peranan konstruktif.

Pada masa sama, semua negara terbabit akan terus dihubungi dan diminta untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan ketegangan kerana Malaysia berharap satu jalan penyelesaian yang damai terhadap permasalahan itu.

Dalam pada itu, Malaysia terus komited dalam memerangi dan menentang keganasan serta ekstremisme, selain menyokong semua usaha ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan. - BHOnline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t2NG6j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab

Sekianlah artikel Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/malaysia-terus-pantau-konflik-qatar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia Terus Pantau Konflik Qatar-Negara Arab"

Catat Ulasan

Loading...