Judul : Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14
link : Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14
Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14
BUKIT GANTANG – Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) yang dilancar April lalu hanya akan mencapai objektif dan terlaksana sepenuhnya jika masyarakat India di negara ini terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata masyarakat India perlu menggunakan akal fikiran sebelum membuat sebarang pilihan dan keputusan termasuk mengambil kira pihak yang mempunyai agenda membangunkan mereka.
Beliau berkata tidak dinafikan Barisan Nasional (BN) sememangnya mempunyai rekod untuk terus bangunkan komuniti India di Malaysia, berbeza dengan pembangkang yang tiada rekod dan pelan tindakan untuk membangunkan kaum itu.
“Kalau kita ikut hasutan dan undi ikut perasaan, sia-sialah, nanti kita yang akan rugi. Negara makin hari makin berjaya apatah lagi dengan adanya program Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Anak cucu kita hari ini yang masih di bangku sekolah mereka mesti miliki warisan Malaysia yang berjaya daripada hari ini,” katanya ketika berucap pada program Jom Bantu Rakyat dan mendengar taklimat mengenai pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Taman Kaya, di sini hari ini.
MIB yang dilancarkan pada 23 April lepas dirangka untuk membantu masyarakat India terutama golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dihasilkan dengan teliti melalui pendekatan secara menyeluruh dan inklusif.
Perdana menteri berkata beliau telah melantik Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Pengerusi Eksekutif Pelaksanaan MIB yang bertanggungjawab memantau semua program untuk masyarakat India.
Selain itu, Najib yang juga pengerusi BN berkata kerajaan mengamalkan dasar supaya pembangunan yang dilaksanakan mestilah bersifat inklusif agar tiada kelompok masyarakat atau individu yang terpinggir atau tertinggal daripada arus pembangunan negara.
“Kita juga berterima kasih bahawa kita hidup dalam negara yang amalkan dasar kesederhanaan atau Wasatiyyah,” katanya.
Mengenai pembinaan SRJK (T) Taman Kaya, Najib berkata projek itu merupakan penempatan semula SJK (T) Ladang Holyrood, Selama yang dibina 1937 dan kini hanya mempunyai seramai tiga murid.
Katanya projek satu blok bangunan tiga tingkat yang menelan kos RM7.8 juta itu dibina di tanah seluas 1.5 hektar ihsan kerajaan negeri Perak dan dijadual siap pada Jun 2018.
Perdana menteri berkata ketika ini terdapat sebanyak 523 sekolah Tamil di seluruh negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5tDS4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14
Anda sekarang membaca artikel Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/masyarakat-india-terus-sokong-kjaan.html
0 Response to "Masyarakat India Terus Sokong K’jaan Pada PRU14"
Catat Ulasan