Judul : Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun
link : Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun
Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun
MASYITTAH, tukang sikat Firaun masyhur dalam sejarah Islam kerana keteguhan imannya pada Allah.
Wanita ini isteri kepada pengawal istana Firaun. Mereka bijak meyorokkan keimanan daripada pengetahuan Firaun.
Namun, kebahagiaan dan ketenangan hidup Masyittah mula diuji dengan kematian suaminya di tangan Firaun yang kejam.
Walaupun diselubungi kesedihan yang amat sangat, Masyittah tetap tabah menghadapi ancaman Firaun. Sehingga pada suatu hari, ketika sedang menyikat rambut anak Firaun, sikat yang dipegangnya terjatuh.
Secara spontan Masyittah mengucapkan kata-kata yang memuji Allah.
Mendengarkan berita perilaku Masyittah, Firaun terus memanggil menghadap. Firaun yang menganggap dirinya tuhan, cuba memesongkan akidah Masyittah. Selain pujukan, Firaun turut mengancam. Namun, Masyittah terus teguh dengan keimanannya dan tidak tunduk pada ancaman Firaun.
Sehingga ke akhirnya, Firaun memerintahkan Masyittah dimasukkan ke dalam kuali yang dipenuhi minyak panas yang mendidih. Hukuman itu disaksikan seluruh penduduk Mesir pada masa itu. Namun, iman Masyittah sangat hebat. Dia sedikit pun tidak gentar.
Dengan keyakinan yang penuh terhadap Allah, Masyittah berdiri dihadapan kuali yang panas itu dengan anaknya yang masih kecil di dalam dukungannya. Cuma, memikirkan anaknya, perasaan takut dan bimbang mulai menyerbu hatinya.
Dengan izin Allah, anaknya yang masih bayi itu dikurniakan kelebihan untuk bercakap. Bayi itu menenangkan hati ibunya. Sama seperti Nabi Isa Nabi Isa mempertahankan ibunya Maryam, ketika semasa masih bayi.
Mendengarkan kata-kata dari anaknya itu, dengan hati yang teguh, Masyittah dijatuhkan ke dalam minyak yang mendidih tanpa sebarang jeritan kesakitan.
Keyakinan Masyittah mengagumkan kaum Bani Israel dan juga Asiah isteri Firaun yang juga beriman kepada Allah.
Peristiwa itu menjadikan Masyittah antara wanita solehah yang tiada taranya.
#laskarmalaya
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlySlB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun
Anda sekarang membaca artikel Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/masyittah-iman-solehah-pada-era-firaun.html
0 Response to "Masyittah: Iman Solehah Pada Era Firaun"
Catat Ulasan