Judul : Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik
link : Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik
Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.
"Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.
"Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.
"Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tq8KpU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik
Anda sekarang membaca artikel Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/misbun-chong-wei-kerjasama-hasilkan.html
0 Response to "Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik"
Catat Ulasan