Loading...

M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan

Loading...
M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan
link : M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan

Baca juga


M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan

HO CHI MINH – Malaysia membuka peluang seluas-luasnya kepada syarikat francais dari luar negara, khususnya negara ASEAN untuk menembusi pasaran tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Malaysia mempunyai perundangan khusus bagi mengawal selia industri francais bagi memastikan ia berkembang dengan baik.

“Malaysia menerajui industri francais di rantau ini kerana kita mempunyai Akta Francais 1998 dan mempunyai pelan pembangunan yang inklusif bagi menyokong industri ini,” katanya pada sesi forum perniagaan Malaysia-Vietnam sempena Pameran Francais dan Runcit Antarabangsa Vietnam ke-9 di sini, hari ini.

Hamzah berkata, tidak banyak negara di dunia yang mempunyai perundangan yang mengawal selia industri francais seperti Malaysia.

Berikutan itu, Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam membangunkan industri francais kepada Vietnam sekiranya diperlukan.

“Kerjasama antara kedua-dua negara akan lebih mudah sekiranya Vietnam juga mempunyai perundangan yang sama bagi berkongsi pasaran ASEAN yang besar,” katanya.

Malah, Malaysia mempunyai agensi khusus, iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang membantu dari segi khidmat nasihat dan pengembangan syarikat francais.

Hamzah kemudiannya merasmikan Pavilion Francais Malaysia di sini yang turut disertai 12 jenama francais tempatan iaitu Global Art, Poney, House of Healin, Place2stay, Old Town White Coffee, The Manhattan Fish Market, Dapur Penyet, Bangi Kopitiam, Constant, Ibu Sayang, Q-dees dan GTC.

Ketika ini tujuh jenama francais Malaysia sudah berada di Vietnam iaitu Bonia, Gintell, Global Art, U C Mas, Tomei, Lovely Lace dan GTC dengan outlet sebanyak 143.

Bagaimanapun belum ada jenama Vietnam beroperasi di Malaysia.

Hadir sama dalam misi perdagangan francais ke Vietnam adalah Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Sri Jamil Salleh, Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKdDVf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan

Sekianlah artikel M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/msia-buka-francais-luar-tembusi-pasaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "M’sia Buka Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan"

Catat Ulasan

Loading...