Loading...

MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?

Loading...
MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?
link : MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?

Baca juga


MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan mengapa selama ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu kerugian tukaran asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia.

Muhyiddin berkata, keputusan kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal itu selepas lebih dua dekad berlalu adalah sesuatu yang aneh.

“Jika benar Najib hendak mencari kebenaran dalam isu kerugian urusniaga ini, beliau sepatutnya telah bersuara mengenainya ketika beliau berada di dalam kabinet Tun Dr Mahathir 25 tahun yang lalu.

“Jika tidak di dalam kabinet, beliau boleh menyuarakannya di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang mana pada ketika itu beliau adalah naib presiden,” kata Muhyiddin dalam kenyataan media hari ini.

Muhyiddin berkata beliau tidak ingat sama ada Najib pernah menyuarakan hal itu dan menegur Mahathir dalam mana-mana mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada ketika itu.

“Begitu juga ketika saya berada di dalam kabinet Tun Mahathir bersama-sama beliau pada ketika itu, saya tidak pernah ingat Najib membangkitkan perkara ini dalam mana-mana mesyuarat kabinet,” katanya.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan kabinet bersetuju untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian tukaran mata wang berjumlah berbilion ringgit pada tahun 1980-an.

Kerajaan juga mendakwa, pasukan petugas yang meneliti skandal tersebut mendapati wujudnya unsur-unsur mengaburi fakta-fakta tertentu.

Penubuhan RCI itu dilihat pengkritik susulan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil  bagi merampas aset yang diseleweng dari dana 1MDB.

Timbul selepas isu 1MDB

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan keputusan untuk membentuk RCI itu hanya timbul setelah Tun Mahathir mengkritik Najib dalam isu penyelewengan 1MDB.

“Bukankah kes ini telah disiasat dan individu-individu terbabit telah lama meletakkan jawatan? Apa pula muslihat Najib menubuhkan suruhanjaya ini?” soal Muhyiddin.

Sebaliknya, Muhyiddin percaya keputusan kabinet menubuhkan RCI forex ini hanya cubaan mengalihkan perhatian rakyat daripada skandal penyelewengan 1MDB.
“Najib tidak mampu menjawab pelbagai persoalan yang melingkari 1MDB terutama yang melibatkan pembabitan dirinya sendiri dan ahli keluarganya secara langsung dalam menyeleweng wang 1MDB.

“Sedangkan keperluan yang amat mendesak pada ketika ini ialah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat penyelewengan 1MDB,” kata Muhyiddin.

Najib sebelum ini menafikan sebarang salah laku yang berkaitan 1MDB.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1pK69

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?

Sekianlah artikel MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/muhyiddin-kenapa-najib-tak-tegur-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MUHYIDDIN: KENAPA NAJIB TAK TEGUR DR M 25 TAHUN LALU?"

Catat Ulasan

Loading...