Loading...

Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu...

Loading...
Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu... - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu...
link : Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu...

Baca juga


Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu...

Gambar ini adalah gambar Pakcik gerai 'Ayam Ganja' yang laris di Wangsa Maju. Saya sudah pergi ke gerainya untuk bulan puasa hampir 5-6 tahun. Gerai dia sentiasa penuh. 
Dia menjual lauk-pauk dan yang paling laris adalah ayam goreng 'ganja'. Ayam goreng yang dipenuhi serdak yang dibuat dari bawang goreng, daun kari dan rempah rahsia. 
Muka dia kelihatan bengis sedikit dan kurang bercakap sewaktu menjual. Begitulah rungutan orang ramai. Itu yang orang lain nampak. Yang orang tak nampak adalah, dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. 
Isteri saya pernah terjumpa dengannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebulan sebelum ramadhan tahun lalu. Dia nampak sakit dan letih. Bila isteri saya menegurnya, dia kata dia sakit dan doktor kena masukkan tiub ke dalam badannya untuk dialisis. Dia kata, mungkin dia tidak akan bertahan lama. 
Tiba hari ramadhan pertama, saya seperti biasa pergi ke gerainya. Tetapi gerainya tutup. Masuk hari ketiga ramadhan, barulah gerai itu dibuka namun pakcik itu tiada di situ. Yang ada hanyalah anaknya. 
"Dik, mana pakcik?" saya menegur anaknya. 
Sejak saya mula membeli dari gerai pakcik, tiada satu hari pun pakcik itu tiada di gerainya. Sakit atau demam pun dia datang berniaga. 
"Ayah dah meninggal bang..." 
Saya terpacak kaku. 
"Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un..." ucap saya dalam hati. 
"Bila dik?" 
"Hari pertama puasa. Ayah pesan bila dia selamat dikebumikan, buka gerai dan kembali tolong mak," ujar adik itu perlahan dengan matanya masih merah. Jelas dia mahu menangis. 
Dia terpaksa bekerja dua hari selepas mengebumikan ayahnya dan mengambil alih tugasnya. Jadi itulah sahaja kisah keluarga ini. Susah senang mereka, siapa yang tahu?Ingat tidak salah membeli di gerai-gerai sempena ramadhan. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rffJQF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu...

Sekianlah artikel Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu... dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/muka-dia-kelihatan-bengis-dan-kurang_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu..."

Catat Ulasan

Loading...