Loading...

Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu...

Loading...
Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu... - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu...
link : Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu...

Baca juga


Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu...

Gambar ini adalah anatara gambar Pakcik gerai 'Ayam Ganja' yang laris di kawasan Wangsa Maju. Saya sempat pergi ke gerai pakcik untuk bulan puasa hampir 5-6 tahun setiap kali puasa. Gerai dia pulak sentiasa penuh dengan orang sebab memang di akui sedap. 

Pakcik menjual lauk-pauk dan yang paling laris adalah ayam goreng 'ganja'. Ayam goreng yang dipenuhi serdak-serdak yang enak dibuat dari bawang goreng, daun kari dan rempah rahsia pakcik. 

Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual. Begitulah banyak rungutan dari orang ramai. Itulah yang orang lain nampak selalu. Yang orang tak nampak pula adalah, pakcik sebenarnya menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang sangat tinggi. 

Isteri saya sendiri pernah terserempak dengannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebulan sebelum bulan ramadhan tahun lalu. Dia nampak sakit dan letih sangat mungkin sebab dia menahan sakit tu. Bila isteri saya pergi menegurnya, dia kata dia sangat sakit dan samapai doktor kena masukkan tiub ke dalam badannya untuk dialisis setiap kali datang. Dia kata, mungkin dia tidak akan bertahan lama dah badannya tak kuat. 

Tiba pada hari ramadhan pertama, saya seperti biasa pergi ke gerainya sebagai rutin ramadhan. Tetapi gerainya tutup pula. Masuk pula pada hari ketiga bulan ramadhan, barulah gerai pakcik dibuka namun pakcik pula tiada di situ macam rindu pula melihat wajahnya. Yang ada hanyalah anaknya. 

"Dik, mana pakcik?" saya dengan tenang menegur anaknya. 

Sejak saya mula membeli dari gerai pakcik setiap kali bulan ramadhan, tiada satu hari pun pakcik tiada di gerainya. Sakit atau demam pun dia mesti datang berniaga dengan tabah. 

"Ayah dah meninggal bang..." 

Saya tergamam terpacak kaku. 

"Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un..." ucap saya sedih dalam hati. 

"Bila dik?" 

"Hari pertama puasa bang. Ayah pesan bila dia selamat dikebumikan, buka gerai dan kembali tolong mak," ujar adik itu dengan nada perlahan dengan matanya yang jelas masih merah dan bergenang. Jelas dia mahu menangis. 

Dia terpaksa bekerja dua hari selepas sahaja mengebumikan ayahnya dan mengambil alih tugas ayahnya. Jadi itulah sahaja kisah sayu keluarga pakcik ini. Susah senang mereka, siapa yang tahu kan? orang mampu berkata tapi mereka yang menghadapi. Ingat tidak salah membeli di gerai-gerai sempena ramadhan biar mata, mulut dan hati turut berpuasa. 

Al-Fatihah pakcik...

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stZ9tW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu...

Sekianlah artikel Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu... dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/muka-pakcik-nampak-garang-dan-jarang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Muka pakcik nampak garang dan jarang berbual waktu tengah menjual sampailah awal ramadhan lalu..."

Catat Ulasan

Loading...