Loading...

Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah

Loading...
Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah
link : Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah

Baca juga


Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah




Setelah setahun dicadangkan oleh seorang remaja perempuan Arab Saudi hingga tular menerusi media sosial, The UniCode Consortium akhirnya bakal memasukkan emoji wanita Islam berhijab.

Ia menyaksikan jumlah emoji baharu yang boleh digunakan netizen pada peranti masing-masing akan bertambah sebanyak 69 buah lagi menjelang hujung tahun ini, menurut laporan pelbagai portal antarabangsa hari ini.

Senarai lengkap emoji tambahan itu di bawah versi standard Unicode 10.0 malah telah disahkan pihak UniCode, sebuah firma penilaian dan pembangunan emoji baharu diasaskan sejak 1991 di California, Amerika Syarikat.

Antara yang paling mendapat perhatian ramai pengguna ialah emoji baharu memaparkan lambang wanita Muslim bertudung, dinosaur purba T-Rex, imej wanita menyusukan anak, emoji muntah, Dracula dan tangan berdoa.

Buat masa ini, rekaan terakhir untuk imej tersebut masih belum disahkan lagi namun gambaran yang diperlihatkan dalam laman UniCode merupakan cadangan daripada pihak Emojipedia berdasarkan kepada rekaan fasa akhir.

Seperti biasa, implementasi ini juga masih lagi akan bergantung kepada pelbagai proses kemas kini aplikasi dan sistem operasi – sebelum para pengguna gajet akan dapat menggunakannya dalam urusan komunikasi harian.

Tahun lalu, Rayouf Alhumedhi yang berusia 15 tahun mendapat idea emoji Muslim berhijab selepas berbual dengan rakannya melalui aplikasi WhatsApp setelah menyedari tiada emoji yang mewakilinya sebagai wanita bertudung.

Dia membuat kajian dan mendapati sesiapa sahaja boleh menghantar reka bentuk emoji kepada Unicode. Idea unik itu turut menerima sokongan pengasas bersama forum perbincangan secara online Reddit, Alexis Ohanian.

Remaja itu kemudian memberanikan diri mengirim cadangan itu walaupun banyak negara Eropah berbalah dengan isu wanita bertudung malah ada mengharamkan pemakaiannya di tempat awam konon atas faktor keselamatan.

Version 10.0 itu secara umum menambah 8,518 karakter, menjadikan jumlah keseluruhan menokok kepada 136,690 karakter termasuk 238 emoji baharu dicadangkan dari seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szRtrx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah

Sekianlah artikel Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/muslimah-berhijab-antara-69-emoji_21.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muslimah Berhijab Antara 69 Emoji Baharu Ditambah"

Catat Ulasan

Loading...